Astro Awani | Diterbitkan pada: Julai 23, 2015 20:07 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pembentukan pakatan baharu pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat (PR) tidak memberikan saingan kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya, pakatan baharu pembangkang yang bakal ditubuhkan tidak akan menggugat kestabilan politik UMNO, khususnya BN, pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Pakatan yang bakal ditubuhkan itu adalah acuan PR, tidak ada perubahan dalam pakatan tersebut yang mampu memberikan ancaman kepada UMNO," tegasnya.
Katanya lagi, pakatan baharu yang bakal menggabungkan DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) tetap akan dikuasai oleh DAP sepertimana PR sebelum ini.
"Parti yang bergabung dalam pakatan tersebut tetap mengikut telunjuk DAP, menjadi perkakas kepada parti rasis tersebut terutama GHB, yang dibarisi bekas pemimpin PAS yang kecewa," tegasnya.
Syed Ali mengulas tindakan DAP dan PKR akan menubuhkan pakatan gerakan baharu dengan turut disertai GHB bagi menggantikan PR ekoran PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP.
Pakatan pembangkang baharu yang bakal ditubuhkan itu juga akan menyisihkan PAS.
Walaupun dalam kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya bagi mengumumkan penubuhan pakatan baharu itu tidak menyatakan dengan jelas kedudukan PAS, namun Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka menegaskan, PAS tidak akan dilibatkan atas alasan ‘menjadi punca kematian pakatan pembangkang’ sebelum ini.
Syed Ali mendakwa, pakatan baharu yang akan ditubuhkan pembangkang itu tidak mempunyai asas pakatan yang mampu memberikan keyakinan rakyat seperti yang dimiliki BN.
"Pakatan pembangkang hanya berpakat secara lisan, tidak ada persefahaman yang jelas, tidak berpaksikan kepada perlembangaan parti gabungan sepertimana diamalkan BN selama ini," ujarnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan menegaskan pakatan pembangkang boleh hancur bila-bila masa sahaja sepertimana PR kerana ketiadaan asas pakatan yang kukuh.
Sehubungan itu, tambahnya, rakyat diingatkan agar tidak mudah terjerat dengan permainan politik pakatan pembangkang yang hanya mementingkan perjuangan untuk berkuasa.
"Untuk berkuasa, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan prinsip demokrasi dan menjadikan rakyat sebagai alat.
"Gabungan pembangkang tidak konsisten dalam perjuangan, sekadar untuk memuaskan nafsu politik mereka," ujarnya.
Mengulas kewujudan GHB yang dipelopori bekas pemimpin PAS yang kecewa, Syed Ali berkata rakyat sudah boleh menilai apa sebenarnya yang mereka perjuangkan.
"Dulu dalam PAS mereka ada jawatan, tetapi apabila kalah bertanding (muktamar), mereka kecewa dan akan tubuh parti baharu, jadi pemimpin jenis ini tidak boleh memberi sumbangan kepada rakyat," tegasnya.
Antara penggerak utama GHB ialah Mohamad Sabu atau mesra dikenali sebagai Mat Sabu; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Dr Hatta Ramli; dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib.
Syed Ali yang melabelkan golongan itu kecewa dan berjuang kerana jawatan turut berpendapat GHB tidak akan memberi ancaman besar kepada PAS.
"Pada saya, rakyat sudah kenal siapa mereka yang menggerakkan GHB, jadi kewujudannya tidak akan menggugat PAS pimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang," katanya.
Syed Ali juga berkata, UMNO tidak terjejas dengan kehadiran GHB kerana orang Melayu tidak mudah terpedaya dengan slogan dan retorik politik yang mereka laungkan.
"Pada pemerhatian saya, GHB hanya untuk memecahbelahkan PAS, sepertimana serpihan parti BERJASA dan HAMIM yang pernah ditubuhkan oleh bekas pemimpin parti itu," katanya.

INI BUDAK BAHALOL NOMOR SATU BODEK MAT BAHALOL
ReplyDeleteMUKA PON MACAM BODEK KAMBING
Minta maaf yea....
Lahanat Bangsa semua nya
Betullah tu.... yang gugat kestabilan umno sekarang pun bukannya pembangkang tetapi Presiden UMNO sendiri & isterinya.... dan bekas presidennya. Apalah... seluruh dunia dah tahu tentang perkara ni.
ReplyDeleteUMNUUUU SEDANG MEREPUT DARI DALAM
ReplyDelete