Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 23, 2015

Huuh......sekian lama baru timbul?

Entah boleh dipercayai?
Bagi aku 'bewok'laa.........
Apa pun tunggu siasatan Polis

Ada rancangan burukkan kerajaan, kata Melanyi
Diterbitkan pada: Julai 22, 2015 22:31 MYT
Ada rancangan burukkan kerajaan, kata Melanyi
Lester Melanyi mendakwa Clare Rewcastle-Brown (gambar) dan pihak pembangkang merancang untuk memburuk-burukkan kerajaan sejak beberapa tahun dahulu. -Gambar fail
SEPANG: Bekas Pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi mendakwa pengasas portal berita Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan pihak pembangkang merancang untuk memburuk-burukkan kerajaan sejak beberapa tahun dahulu.

Beliau juga berkata akan mendedahkan lagi nama ahli politik pembangkang yang terlibat dalam video yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dalam satu temu bual dengan Bernama di sini, Melanyi mendakwa Rewcastle-Brown memberitahunya rancangan berkenaan selepas pertemuan wanita itu dengan beberapa ahli politik pembangkang di Singapura pada 2012.

"Saya selalu diberitahu Claire (mengenai perkara yang dibincangkan). Secara umumnya mereka berbincang cara bagaimana untuk memburukkan kerajaan dan mengubah suai dokumen.

"Rancangan ini tidak dibuat semalam. Ia telah dirancang dengan baik sejak beberapa tahun. Sejak awal 2012, atau lebih awal," katanya sambil menambah isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah salah satu isu yang menjadi sasaran mereka.

Melanyi muncul di dalam video klip di laman YouTube yang mendakwa Rewcastle-Brown dan beberapa ahli politik pembangkang memalsukan dokumen berkaitan 1MDB.

Beliau berkata video yang akan muncul adalah lebih menggemparkan dan lebih ramai personaliti yang terlibat akan dinamakan.

"Ia akan lebih menggemparkan.  Keraguan akan dilenyapkan," katanya.

Klip video itu sebenarnya adalah daripada satu video asal yang diasingkan kepada beberapa bahagian.       

Bahagian pertama telah dikeluarkan pada 15 Julai, dan yang kedua Isnin lepas.

Bahagian ketiga dijangka dikeluarkan hujung minggu ini, kata Melanyi.

Ditanya mengapa baharu sekarang beliau mendedahkan plot itu, Melanyi berkata beliau tidak mempunyai cukup maklumat pada 2012.

Semalam Bernama melaporkan pegawai polis dari Bukit Aman telah merakamkan percakapan Melanyi mengenai kandungan video itu pada 17 dan 18 Julai lepas di Kuching.

Melanyi berkata beliau memberitahu polis perkara sama seperti yang beliau katakan di dalam video itu.

1 comment:

  1. ORANG SUDAH BANKRAP ADA KREDIBILITI KE????

    BINI SENDIRI PON BOLEH DI JUAL TUK DAPAT DUIT

    HANYA BEBUDAK BAHALOL SAJA PERCAYA PADA Si BANKRAP....

    Buat malu Rakyat Malaysia saja

    Kepala Otak !!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa