11:30AM Jul 18 2015
oleh Mariam Mokhtar
SEPINTAS LALU: Ramai sedar presiden PAS Abdul Hadi Awang seorang pemimpin popular dan disayangi. Gaya politiknya memikat, dasarnya tepat dan keputusannya masuk akal. Tidak seperti ahli politik lain, dia tiada agenda sulit. Dia umpama malaikat.
Penganalisa berpendapat Hadi akan membawa parti ke kemuncak kejayaan pada PRU14 dengan undi yang besar. Pengumumannya pada 7 Julai bahawa di dalam Islam, empat saksi diperlukan bagi menyokong dakwaan salahguna kuasa terhadap Najib Razak tentu bakal meraih undi, terutama di kalangan ahli kubur.
Kata beliau “Pendirian kami ialah berasaskan Islam. Dalam kes sodomi Anwar, empat saksi diperlukan. Sama juga bagi Najib, di mana saksi perlu adil. Kita ikut prinsip Islam, dan menyokong yang bersikap baik. Yang jahat ditentang.”
Sepatutnya, dia berkata, “Ini kemenangan kepada semua Melayu dan Islam.”
Dikelilingi para ustaz, Hadi sedar amat penting menjatuhkan kelompok progresif, yang katanya, gila kuasa. Golongan tersebut mahu bekerjasama dengan bukan Islam. Mereka dipujuk dengan sentimen bukan Melayu tentang demokrasi dan lain-lain. Di negeri pilihan Tuhan Kelantan, semua ini tidak perlu.
Hadi memang pentingkan kewarakan. Dia bertegas perlaksanaan hudud tiada kena mengena dengan Najib, atau kerajaan perpaduan dengan Umno Baru. Apabila berdepan Tuhan, dia mampu berkata, “Saya telah lakukan sebaik mungkin agar umat Islam dan bukan Islam di Kelantan akur dengan perintahMu. Saya tidak gagalkanMu.”
Hadi yakin keadilan akan terlaksana apabila semua bukan Islam menerima “undang-undang 1Hudud”.
Dia juga taksub dengan nombor “empat”. Tahun lalu, dia mengambil masa empat minggu memutuskan bahawa Wan Azizah Wan Ismail tidak sesuai sebagai MB Selangor. Hadi tidaklah kelihatan tidak pasti.
Pada April 2015, empat bahagian PAS Terengganu mencalonkan Hadi sebagai Presiden PAS.
Hadi sedar nombor empat istimewa dalam Islam, contohnya empat saksi dalam kes rogol dan empat isteri bagi suami Islam.
Walaupun masih dalam perancangan, didakwa negeri Kelantan akan mengarahkan pendakwaraya menampilkan 4 saksi dalam kes bunuh dan dera isteri. Kaedah ini akan mengelakkan was-was.
Jenayah pecah rumah memerlukan empat saksi kerana bukti forensik seperti cap jari tidak diterima. Sains forensik tidak disebut di dalam kitab-kitab agama.
Curi kereta dan korupsi, serta jenayah siber juga memerlukan empat saksi. Kecurian enjin jet TUDM sukar diselesaikan kerana tiada empat saksi.
Penipuan pilihanraya memerlukan empat saksi jadi SPR tidak akan dituduh melakukan penipuan. Apabila peti undi dipercayai diusik, empat saksi akan dapat membantu polis. Testimoni seorang dua tidak mencukupi. Empat saksi baru betul.
Keganasan polis dan kematian tahanan memerlukan empat saksi kerana orang ramai tak mahu polis dituduh membabi buta, terutama di dalam mendapatkan maklumat.
Hanya penyeluk saku tidak sukakan peraturan “Empat Saksi Hadi”, kerana mereka melakukan kesalahan di tempat awam. Mereka mungkin dipotong tangan. Tetapi sebaliknya, kaki rasuah dan penipu di seluruh dunia Islam bersorak gembira.
Khurafat, ulamak pewaris neraka jahanam
ReplyDeleteKenapa ANGKA EMPAT
ReplyDeleteKerana dalam PAS ada EMPAT LEMBAGA GILA KUASA - HADI , STOPA ALI , AMAR , AHMAD YAKOB
Semua nya Bebudak Bahalol Gila Kuasa NAK IKUT GAYA KOREA UTARA kot
Malang nya EMPAT EMPAT GAGAL mertabat Nilai Ekonomi Kuasa POLITIK PAS
PAS jadi Parti AMBIK SEDEKAH saja
Nasib baik ada CINA dan DAP bantu kerajaan PAS cari makan bayar gaji pencen nya.
Bahalol !!!!!!!