Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 21, 2015

Di mana konspirasinya! Ia semuanya terbuka.......

Dr M: Konspirasi? Semua sedar desakan Najib undur
mk - 6:18PM - 20 Jul 2015

Tiada keperluan untuk menyiasat dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menolak kewujudan plot itu, Dr Mahathir berkata tidak keperluan menyediakan penyiasat atau agen khas untuk menyiasatnya kerana gerakan atau desakan supaya Najib berundur telah dimaklumi semua orang.
"Adakah ada satu konspirasi? Adakah ada sesiapa atau beberapa orang berkonspirasi seperti gerakan rahsia bawah tanah untuk menjatuhkan Najib.

"Ia mungkin boleh jadi sebelum ini tetapi selain daripada orang mengadu secara peribadi tentang rasa tidak puas hati mereka dengan pentadbiran beliau, tidak ada orang yang merancang menjatuhkan beliau.

"Itu bukan untuk mengatakan bahawa mereka mengalu-alukan idea beliau meletakkan atau mengosongkan jawatannya. Tetapi perancangan aktif bawah tanah dan tindakan memang tiada ada," katanya dalam blognya.

Negawaran itu berkata beliau secara terbuka mendesak Najib suoaya meletakkan jawatan dan oleh itu tidak ada konspirasi daripada pihaknya.

"Cuma deklarasi terbuka kepada seluruh negara bahawa saya mahu melihat Najib berhenti sebagai perdana menteri.

"Jadi, sekali lagi, di mana konspirasinya! Ia semuanya terbuka. Tiada keperluan untuk berkonspirasi. Ia kempen terbuka supaya beliau berhenti jadi perdana menteri," katanya.

1 comment:

  1. Apa yang TUN MAHATHIR laku kan pada Najib ada lah untuk jaga Rakyat dan Negara dari bungkus bangkrap macam GREECE

    Dan TUN MAHATHIR laku kan cara LELAKI ber depan dan terang terangan

    Bukan gaya BACUL

    Hidup TUN MAHATHIR !!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa