Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 26, 2015

Panas: Pegawai tertinggi 1MDB ‘dibelasah’ Dr Mahathir....

Sekumpulan pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan bersama bekas perdana menteri itu 4 Disember lalu, menurut bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.

Menulis dalam blognya, Kadir memetik sumber sebagai berkata Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, ahli lembaga pengarah, Tan Sri Ismee Ismail dan Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman "dibelasah" Dr Mahathir dalam pertemuan tersebut.

"Sumber berkata Dr Mahathir membelasah modus operandi pasukan 1MDB.

"Beliau curiga cara syarikat itu menggunakan dana mereka untuk perniagaan, ingat, modal berbayar syarikat itu hanyalah RM3.4 juta," kata Kadir.

Kadir berkata Dr Mahathir berasa "bertanggungjawab untuk membawa perkara itu kepada 1MDB dan bercakap secara terbuka kerana ramai yang bertemu dengannya berhubung aktiviti syarikat itu".

"Beliau kecewa dengan isu yang menyelebungi 1MDB tidak dibincangkan dengan serius ketika Perhimpunan Agung Umno lalu," katanya.

Dipercayai rombongan pegawai 1MDB itu juga bertemu dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Aktar Aziz berhubung berhubung kontroversi hutang yang menyelubungi syarikat itu.

Menurut Kadir, pegawai komunikasi strategik bank pusat itu "seolah-olah tidak mengetahuinya" bila ditanya mengenai perkara itu.

"Sumber berkata, 1MDB meminta Bank Negara melanjutkan tempoh pinjaman tidak berprestasi (NPL) daripada tiga kepada enam bulan," tambah Kadir.

Sehingga Mac tahun ini, aset dana negara itu mencecah RM51.4 bilion, proses menambah liabiliti melalui pinjaman berjumlah RM49.1 bilion, kata Kadir.

Bagaimanapun, 1MDB mengalami kerugian RM665.3 juta bagi tempoh sama disebabkan kos kewangan RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Kadir berkata, walaupun Zeti mungkin tidak begitu gembira dengan pinjaman 1MDB, tempoh lanjutan itu amat diperlukan.

"Jika tidak, akan berlaku kerosakan yang besar terhadap bank Tier 1 yang memperluaskan pinjaman perlu membuat beberapa peruntukan.

"Ini bakal mengakibatkan kejatuhan sistem perbankan tempatan," katanya.

1MDB adalah dana kekayaan negara Malaysia yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.

Pengkritik lama mempersoalkan hutang dana itu yang banyak, penggunaan wang dan operasi yang meragukan.

Dalam masa lima tahun operasinya, dana itu dikatakan mengumpul RM38 bilion hutang tetapi kebimbangan terhadap kedudukan kewangannya diketepikan oleh Lodin, yang berkata asetnya berjumlah RM51.4 bilion, kira-kira RM2.5 bilion lebih daripada liabilitinya daripada RM48.9 bilion, pada 31 Mac tahun ini - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa