Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 24, 2015

Cakap berdegaq-degaq tapi lutut ketaq!

"PAS tidak pernah rasa tergugat, kami berjuang kerana Allah bukan kerana manusia... mengapa kita perlu rasa tergugat?,"Fauzi Mohd Yusof
- Benarkah berjuang kerana Allah?

PAS tidak pernah rasa tergugat dengan GHB, kata Persuruhjaya Pulau Pinang
Published: 24 July 2015 5:04 PM
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof berkata PAS biasa melalui perkara itu dan terpulang kepada ahli parti membuat pilihan sama ada keluar parti atau terus bersama kepimpinan PAS sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.

PAS tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan ahlinya keluar parti dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal ditubuhkan beberapa bekas pemimpin parti itu.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof berkata PAS biasa melalui perkara itu dan terpulang kepada ahli parti membuat pilihan sama ada keluar parti atau terus bersama kepimpinan PAS sekarang.
"PAS tidak pernah rasa tergugat, kami berjuang kerana Allah bukan kerana manusia... mengapa kita perlu rasa tergugat?," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun pihaknya sentiasa memberi nasihat dan penerangan secara berterusan kepada ahli parti berhubung perkara itu.
"Apa yang berlaku seperti kekalahan pada pemilihan baru-baru ini, bukan depa saja kalah, orang lain pun kalah juga, jadi kenapa depa nak keluar parti beramai-ramai, apa sebabnya? jadi kita akan terus bagi nasihat," katanya.
Pada 13 Julai lalu, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti mengumum akan menubuhkan GHB bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
Gerakan itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu manakala antara ahli jawatankuasa interimnya ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Sementara itu, Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim menyuarakan kehairanannya berhubung keyakinan GHB untuk mengumpulkan ahlinya sehingga menjangkau 70% daripada kalangan ahli PAS.
Iszuree berkata bagaimana kumpulan yang tidak mendapat sokongan semasa pemilihan parti pada Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 baru-baru ini dapat memperoleh sehingga 70% pengikut.
Iszuree yang ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi berhubung kes pemecatannya dalam MPPP di sini, berkata beliau akan tetap setia bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada pemilihan parti itu, 4 Jun lepas, Abdul Hadi mempertahankan jawatannya dengan memperoleh 928 undi menewaskan Naib Presiden Ahmad Awang yang meraih 233 undi. – Bernama, 24 Julai, 2015.

7 comments:

  1. Kalau tidak tergugat kenapa macam-macam perkara yang timbul dan macam-macam komen yang dikeluarkan oleh geng ostad-ostad. Nampak sangat gelabah. Cakap tak tentu hala. Ada yang pujuk, ada yang sindir, ada yang ugut macam-macam ada. Tak payah spin Fauzi ooi. Satu Malaya sudah tau lu punya bos kaki kencing!!

    ReplyDelete
  2. Jangan gado2 la.....
    Yg tua2 bole ikut pas
    Yg muda2 yg bijak2 bole ikut GBH
    Tak ada hal punya....

    Jangan risau la....
    Kalu gelisah ikat serban lagi besar
    Kalu serban besar hati lagi kompiden
    Lagi byk siku lutot bole simpan dlm serban
    Ada serban semua bole jadi
    Ada serban janggut kira sudah ulamak

    Tak asa hal punya
    Jangan gado2
    Jangan fitnah2
    Jangan telan pil kuda

    ReplyDelete
  3. Kena pecat pun masuk court?
    Apa la....
    Tak kan marah dap cam tu sekali...
    Relax la beb...

    ReplyDelete
  4. Kena pecat ada pakai 4 saksi tak? Saja tanya sebab ilmu agama sikit sangat..mana tau semua nak 4 saksi sekarang...kahkahkah...

    ReplyDelete
  5. Lawak

    Lawak

    Lawak

    Orang Orang ini nak jadi Pemimpin NEGARA jual ikang dan kain serban

    Kepala Otak !!!!!

    ReplyDelete
  6. Ada dua perbezaan antara ahli pas keseluruhannya dan ahli pas yang mengundi semasa pemilihan.Ahli PAS yang mengundi semasa pemilihan dulu hanya seribu lebih saja tetapi ahli PAS seluruh negara sejuta lebih.Yang sejuta inilah majoritynya yang akan beralih ke GHB, iaitu alternatif kepada PAS kini kini.Apakah ini tidak merisaukan.Apakah masih ada ruang dan peluang untuk dipertautkan kembali, jika asyik menempelak serta mencerca mereka kumpulan GHB ini.

    ReplyDelete
  7. "PAS tidak pernah rasa tergugat, kami berjuang kerana Allah bukan kerana manusia... mengapa kita perlu rasa tergugat?," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

    Berjuang kerana Allah konon? Semua parti politik di dunia ini ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib rakyat di kalangan manusia. PAS jangan menganggap Allah sama seperti patung-patung berhala di zaman Nabi Ibrahim AS yang perlu dijaga dan dirapikan. Allah SWT menjadikan manusia untuk hidup dikalangan manusia dan bukannya suruh hidup di kalangan malaikat.

    Islam (Ad-Din) hanya satu dan PAS bukannya agama malah sebuah parti biasa yang ditubuhkan berasaskan perundangan sekular Sir William Lord Reid (berbangsa Yahudi Eropah). Para pemimpin PAS kini dilihat terlalu mementingkan diri dan bersikap Munafik dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh setiap ahli dalam parti tersebut. Keperibadian Presiden dan Musyidul Am serta Timbalan mereka tidak ubah seperti parti UMNO dan terlalu jauh menyimpang dari prinsip dan moral sebagai seorang Islam yang jujur dan amanah malah sikap dan perbuatan mereka itu lebih kepada memecah belahkan parti dan mengelirukan umat Islam yang kurang faham konsep berparti dan berpolitik di negara ini. Inilah bala dan berhala baru yang muncul di akhir zaman seperti yang tercatat di dalam Al-Quran.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa