Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 28, 2015

Panas: PAS Bukit Katil menongkah arus..........apa agaknya respon geng Walaun?

KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN BUKIT KATIL

Saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan PAS Kawasan Bukit Katil sebagai 'Role Model' kepada PAS Kawasan lain di seluruh negara dalam menjalinkan hubungan dengan GHB dalam gerakerja membebaskan rakyat dari belenggu kerajaan Umno/BN.

Saya sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Penyelaras GHB Kawasan Bukit Katil, Haji Bakrin Sidek dan hampir kesemua AJK GHB Bukit Katil.

Kami di Bukit Katil mengharapkan tiada unsur-unsur di luar yang mengganggu kami di Bukit Katil untuk bekerjasama. PAS Kawasan Bukit Katil dan GHB Bukit Katil mempunyai musuh yang sama dan sangat sedikit perbezaan antara kami.

Insya Allah kami akan tunjukkan 'izzah Islam kami. Takkanlah PAS Bukit Katil tidak boleh ber'tahallus siyasi' dengan GHB Bukit Katil yang sama aqidah perjuangan.

Kami akan tunjukkan contoh bahawa berbaik dan bekerjasama lebih baik dari bergaduh dan berperang dingin.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

# Bravo PAS Bkt Katil 

4 comments:

  1. Ini baru betol.
    Tak la org panggil walak membabi buta
    Tapi ingat tau....takut ada udang sebalik mee

    ReplyDelete
  2. Abe.
    haha haha
    mkn dlm ooooi..
    akhlaqul karimah
    Rahmatan lil a'alamiin.
    hello MSU PAS....
    hehe

    ReplyDelete
  3. TEROPONG TOK BOMOHJuly 28, 2015 at 2:27 AM

    gasak kau le sopi,hj bakarin tu pun power juga,dia tu dulu bekas ydp pas kaw batu berendam dan bukit katil,pernah jadi calon lawan tok ali rustam mantan ketua menteri melaka,dia tu menantu allahyarham hj hashim pit bekas speaker dun melaka,hj bakarin ni kuat pengaruhnya,si sopi ni bertindak begitu agak2nya nak slowkan sikit gerak kerja hj bakarin agar pas kawasan bukit tak lenyap dan seolah2 pas ni mcm cuba berlembut dgn ghb ni.....aku pun kenal betul ngan hj bakarin dan sopi ni,kedua2nya bukan anak mrelaka,hj bakarin ni org johor,sopi ni org pahang....sekarang ni kedua2nya sedang bertarung di bumi melaka negeri jebat dan tuah....kg bukit katil ni kg mak aku,kawasan bukit katil tempat aku melilau dari sejak aku jadi ahli pas thn 1983.......jadi rentak tari dlm gelanggang pertarungan ni aku dah cukup masak,aku mula kenal pas thn 1969,aku mula batu bantu kempen pas dlm rapat umum dlm piliharaya thn 69 lagi......jadi klu nak dikira veteran aku memang veteran,kini aku dah lama jadi ahli seumur hayat.....aku akan tinggalkan pas ....tapi belum tentu aku masok ghb lagi,mungkin aku jadi berkecuali atau aku pilih masok pkr atau dap atau ghb atau pun tyerus tak berparti.......asam garam dlm politik ni aku dah cukup masak......tapi ghb ni aku sokong....satu pengajaran kepada ulamak2 pas yg sombong dan bersifat munafik....ini satu tauladan dan pengajaranAPA GUNA ORG TENGOK KITA CERDIK TAPI SEBENARNYA KITA BODOH....BIAR ORG TENGOK KITA BODOH TAPI SEBENARNYA KITA CERDIK.....SOPI WAHABI NI MEMANG CERDIK POLITIK....DAN DIA SEKARANG SEDANG MENARIKAN SATU TARIAN POLITIK......BERHATI HATI ITU ADA LAH ...STRATEGI.....WASSALAMM

    ReplyDelete
  4. ___123___Blogger: MOUNTDWELLER - Post a Comment___123___

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa