Tapi yang ini susahlah sikit selagi Najib masih bergayut pada kerusi PM: - “Sama ada apakah Najib akan tunduk pada tekanan ini atau tidak, ia bergantung kepada sejauh mana pula pasukan khas siasatan kes 1MDB mampu membebaskan diri mereka daripada sebarang pengaruh Najib,”
Gantung The Edge 'konspirasi' tekan Najib?
mk - 11:59AM - 27 Jul 2015
Ketika banyak pihak menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas penggantungan penerbitan The Edge, anggota parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar ada teori berbeza.
Beliau percaya tindakan itu sebahagian konspirasi dalaman Umno untuk menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap Najib demi menekannya supaya berundur.“Sama ada apakah Najib akan tunduk pada tekanan ini atau tidak, ia bergantung kepada sejauh mana pula pasukan khas siasatan kes 1MDB mampu membebaskan diri mereka daripada sebarang pengaruh Najib,” katanya.
The Edge Media Group pada 24 Julai mengumumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan dua akhbar terbitannya, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.
Penggantungan itu berkuat kuasa selama tiga bulan bermula 27 Julai dan disampaikan melalui sepucuk surat kementerian itu.
The Edge merancang mendapatkan perintah mahkamah bagi membatalkan penggantungan itu dan menganggapnya sebagai usaha menutup mulut mereka susulan laporan berkaitan 1MDB.
KDN antaranya mendakwa tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap 1MDB yang berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.
Penggantungan itu ditentang meluas wartawan dan aktivis media bebas di negara ini.
Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz mendakwa konspirasi itu dibuat kerana kepimpinan Umno sendiri tidak mampu lagi mempertahankan dan melindungi Najib.
“KDN digunakan untuk tujuan tersebut kerana di kalangan pimpinan umno dan BN sudah tidak mampu mempertahan dan melindungi Najib apabila majoriti rakyat Malaysia mempercayai Najib sesungguhnya terlibat,” dakwanya.
kalau dah tak mampu nak buat kerja dgn betul dan amanah.. letak ajelah jawatan. tak perlu nak timbul cerita konspirasi ini dan ini... takkan nak tunggu hingga bangsa sendieri dan negara jahanam sebab ego punya pasal... berambus ajelah...jangan menyusahkan org...
ReplyDeleteSebelum negara Malaysia tergadai...atau rakyat sendiri yang bangun menentang PM...lebih baik berundur sajalah secara terhormat...Najib masih jugak menuduh ada konspirasi2 taik kucing yang mahu menjatuhkannya...dah jelas bahawa rekod Najib adalah terburuk dalam sejarah PM-PM di Malaysia setakat ini...hutang negara semakin meningkat, wang rakyat/negara berjuta2 hilang entah kemana, Rosmah semakin menunjukkan kemewahan, rakyat semakin tertekan dan miskin kerana GST dan kenaikan kerap minyak...walhal minyak negara x pernah kering...rakyat dah naik menyampah dengan cerita2 konspirasi dakwaan Najib...memang rakyat semua mahu Najib berundur secepat mungkin...
ReplyDelete