Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 23, 2015

Kalau gini di manakah tegas dan bebasnya Pasukan petugas khas?

'Penyiasat 1MDB bertindak kerana gugup'
mk - 2:00PM - 23 Jul 2015

Kempen mempertikaikan siasatan kes 1MDB mendorong pasukan bertindak khas bergegas membuat tindakan dan melakukan tangkapan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Kata Kadir, ada sumber memberitahu tangkapan berkenaan sebahagiannya dibuat kesan kempen dilakukan jentera propaganda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis dalam blognya, bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu berkata, jentera propaganda Najib yang diketuai Datuk Abdul Rahman Dahlan meningkatkan usaha mempertikaikan pengkritik perdana menteri serta menimbulkan keraguan terhadap siasatan - rasmi dan tidak rasmi - 1MDB.

"Pihak terkini yang dibabitkan dalam kempen ini ialah wartawan Sarawak yang kurang dikenali bernama Lester Melanyi dan mengaku mengetahui mengenai pemalsuan dan pengubahsuaian dokumen 1MDB oleh Sarawak Report - dakwaan yang dinafikan mereka," tulis beliau.

Pasukan petugas khas dianggotai pegawai pelbagai agensi - antara lain - menyiasat dawaan penyaluran wang bernilai hampir AS$700 juta ke akaun persendirian Najib.

Ia dilaporkan Sarawak Report dan The Wall Street Journal.


Seorang pengarah syarikat ditahan pada 20 Julai lalu dan seorang lagi - juga pengarah dan bergelar Datuk - diberkas dua hari semalam untuk membantu siasatan.

3 comments:

  1. INI semua POYO.Wayang cam Star Wars.diaorang ni tak takut Seksaan ALLAH swt ke?

    ReplyDelete
  2. Usin Lampoyan saudagar untaJuly 23, 2015 at 7:59 PM

    Orang tanya ye ke duit masuk akaun najid dia pegi spin pasal nak guling kejaan pulak. Berapa persen dapat? Kah kah kah.

    ReplyDelete
  3. BEBUDAK BAHALOL SEMUA TU MAKAN GAJI SAMA MAT BAHALOL

    BILA HIDUP BER TUHAN DENGAN MAT BAHALOL , APA LAGI YANG BAIK BOLEH DI BUAT NYA PON

    SEMUA IKUT LAHANAT JUGAK

    Kepala Otak !!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa