Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 20, 2015

Aduyaai...Mamat ni, tak tahu pun nak mencelah?

Timbalan Menteri Besar Kelantan minta polis jalankan siasatan dakwaan Justo
Bernama | Diterbitkan pada: Julai 20, 2015 14:17 MYT
Timbalan Menteri Besar Kelantan minta polis jalankan siasatan dakwaan Justo
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penjualan maklumat sulit itu tidak sepatutnya berlaku. - Gambar Fail
KOTA BAHARU: Polis hari ini digesa menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo bahawa dia telah berjumpa dengan anggota politik pembangkang dari Malaysia untuk menjual maklumat sulit syarikat itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penjualan maklumat sulit itu tidak sepatutnya berlaku.

"Penjualan maklumat ini tak sepatutnya berlaku. Saya nak komen lebih pun saya tak tahu. Jadi kita minta polis siasatlah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Khamis lepas, Polis Thailand mendedahkan bahawa pemimpin pembangkang bertemu dengan Justo di Singapura untuk membeli maklumat sulit milik syarikat itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia yang terbabit akan dipanggil memberi keterangan berhubung pendedahan terbaharu polis Thailand hasil siasatan terhadap Justo.

3 comments:

  1. SEDIH KAN

    Budak Budak BAHALOL PAS tak akan lenyap habis di bumi ini kan ??????

    NABI SAW pon tak setuju Orang BODOH jadi Ketua Kabilah,

    Kepala Otak !!!!!

    ReplyDelete
  2. kalau tak tahu hujung pangkal lebih baik diam aje la..

    ReplyDelete
  3. itulah ada hok cerdik mu kasi buang
    mu gi ambik hok bodo
    tokse kecek banyok suko denga ja!
    mu adun kuih ko mu wakil rakyat?
    hok mana satu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa