03:30PM Jul 22 2015
KOMEN pembaca Semut Harian
Cynic View: Untuk membolehkan “undur secara baik” ini terjadi, mesti ada pihak lain yang sedia untuk memimpin negara ini, membaiki kerosakan dan mengembalikan keyakinan warga, bisnes, pelabur dan membawa kita ke peringkat lebih tinggi.
Perlu ada baik pulih secara menyeluruh berhubung dasar-dasar buruk yang memecahkan rakyat. Perkhidmatan awam dan agensi kerajaan perlu menjalani penilaian terperinci dan diperbaiki, serta dimansuhkan jika tiada kegunaan. Perlu ada tekad politik untuk membina semula negara ini dan institusinya.
Beritahu saya, bagaimana kita boleh melakukan perkara ini dengan barisan pemimpin politik sekarang? Yang ada hanya muka lama yang sama yang tidaklah terlalu bagus, naik kerana mengampu dan pentingkan diri sendiri. Saya tidak lihat sesiapa yang sanggup menawarkan dirinya untuk berkhidmat kepada negara dan tidak mengharapkan wang ringgit.
Budaya politik kita telah meminggirkan bakat terbaik (ramai yang telah meninggalkan negara ini) dan apa yang tinggal hanyalah yang tidak berguna.
Tengku Rosmi Tengku Yazid: Tidak. Umno tidak perlu berundur, hanya pemimpin yang perlu berbuat demikian. Umno juga perlu mengambil intelektual-intelektual baru, bukannya pasukan “half past six” seperti sekarang.
Ping Lew: Lima puluh tahun lebih adalah peluang yang cukup untuk Umno dan BN. Singapura dalam tempoh sama telah menjadi negara dunia pertama dan antara tiga negara terkaya di dunia.
Ingat, Singapura tiada sumber asli seperti Malaysia. Singapura juga mencapai status pendidikan yang tinggi. Mungkin soalan yang sepatutnya adalah, berapa tahun lagi yang diperlukan sebelum Umno musnahkan negara ini?
Mok Khuen: Anda fikir orang korup akan berundur secara sukarela? Mereka akan hilang banyak benda, dan akan berlawan bersungguh-sungguh demi kepentingan peribadi. Tentulah bukan semuanya jahat atau korup, pasti ada yang bagus, tetapi jumlahnya terlalu sedikit.
Anthony Chan: Sejak bila sejarah menyaksikan “warlord” berundur secara baik? Mereka hanya berundur apabila kehilangan kuasa. Dan itu hanya boleh berlaku apabila rakyat yang bertahun-tahun ditindas mula bangkit dan menyingkirkan mereka. Adakah kita ada azam dan sumber untuk berbuat demikian?
Komen-komen berikut adalah respon kepada, “Give Umno enough space to exit gracefully and return later” yang disiarkan pada 20 Julai.
KALAU MAT BAHALOL BOLEH JADI KETUA , SUDAH TENTU MAT MAT REMPIT BOLEH JADI KETUA JUGAK
ReplyDeleteMAT REMPIT BUKAN ORANG BAHALOL
PALING TEROK KALAU MAT REMPIT URUS NEGARA , JADI BANKRAP JUGAK
Kepala Otak !!!!!!
Adakah anda percaya bahawa di Malaysia ini tiada parti yang benar2 bersih dan telus...semuanya macam lanun dan penyangak...
ReplyDelete