Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 17, 2015

Kesiaannyaa.........la weh!

Lelaki penghina Rasulullah dijaja untuk selamatkan Najib?

SEMALAM tersebar sebuah video berbentuk pengakuan seorang lelaki bernama Lester Melanyi yang dilihat cuba menyelamatkan syarikat kontroversi 1MDB dan Najib Razak.

Bagaimanapun, lelaki tersebut sebelum ini dikatakan pernah mencetuskan kontroversi menghina Rasulullah sebagai pengganas.

Melalui akaun twitter miliknya, Ahli Parlimen KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Abdul Rahman Dahalan menggunakan 'penghina Rasulullah' untuk membodek Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Begitu terdesak nampaknya BN, sampaikan orang yang tiada kredibiliti seperti Lester Melanyi pun sanggup digunakan untuk menyelamatkan ketua mereka.

"Bila orang sudah sakit‎, tahi kambing pun sanggup dimakan kerana percaya ia boleh menyembuhkan"

1 comment:

  1. Masya Allah

    Orang yang hina RASULLULLAH SAW pon di sekongkol nya.

    Apa nak jadi ????

    Tiada didikan agama ke ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa