Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 27, 2015

Bai'ah Pas Kelantan diKhianati Hj Hadi?

Suluh Kebenaran  : Siri 1 - via WhatsApp

Baiah Pas Kelantan di Khianati Hj Hadi

Menjelajah sorotan dan lakaran peristiwa lalu dengan penuh hikmah dan cermat pastinya akan ditemui jawapan kenapa dan mengapa baiah Pas Kelantan ke atas semua calon Dun dan Parlimen boleh terbatal dengan sendiri meskipun terdapat ramai ahli agaman di negara ini menakrifkan bahawa baiah seperti itu tidak sah dan amat memualkan kerana memperdagangkan wanita dan institusi kekeluargaan demi cita-cita politik.

Kepentingan Baiah memang terdapat dalam ajaran islam namun baiah seperti yang dilakukan oleh Pas kelantan adalah tidak wajar mengikut pandangan agaman. Kendatipun sekiranya baiah itu sah andai dipetik dari kotak fahaman ustaz UG Pas, tetapi ia sebenarnya telah terbatal dengan sendirinya hasil daripada tindakan bodoh dan dungu Presiden Pas.

Semasa baiah itu dirangka oleh Pas Kelantan, kedudukan Pas masih lagi bersama Pakatan Rakyat. Sememang nya diketahui umum bahawa semangat walak di dalam Pas lebih bernilai dan berharga dari sikap peduli dan cakna rakyat.

Atas dasar itu,  bermula isu 16 September yang menunjukan dengan jelas bahawa Mursyidul Am Pas pada masa tersebut  Almarhum TGNA telah menyokong DS Anwar Ibrahim. Berlaku perbalahan antara Almarhum Murabbi dengan Hj Hadi yang menentang sokongan Almarhum Mursyiduk Am kepada DS Anwar Ibrahim.  Mengapakah Presiden enggan menumpahkan wala kepada Almarhum Mursyidul Am.  Kenapakah seorang Presiden Pas yang digelar ramai sebagai Tuan Guru dan Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia sanggup mempermainkan istilah walak  dan enggan menumpahkan taat setia kepada Almarhum Mursuidul Am TGNA pada masa tersebut. Justeru,  andainya walak dan baiah yang dipegang oleh ustaz-usyaz UG dan diwar-warkan selama ini begitu penting telah dilanggar oleh Presiden Pas, maka pengkhianatan ini sememangnya telah membatalkan baiah calon Dun dan Parlimen Pas Kelantan memandangkan Presiden terlebih dahulu telah melakukan pengkhianatan di dalam organisasi sendiri. Mana mungkin seorang pengkhianat boleh terus menjadi wali yang diredhai Allah oleh mereka yang telah berbaiah denganya.

Dasar Pas jelas ialah menegakkan ad deen sebagai  cara hidup dan hukum-hakam berteraskan islam didaulatkan di negara ini. Oleh yang demikian,  penentangan Pas terhadap Umno adalah merupakan sirah perjuangan yang panjang dalam sejarah gerakan Pas di negara ini. Apa yang dikesalkan ialah seorang Presiden Pas telah mula menjadi gunting di dalam lipatan dan api di dalam sekam.

Sejarah membuktikan bahawa sebaik sahaja selesainya PRU 2008, Presiden Pas telah mula mengkhianati amanah yang diberikan oleh ahli Pas dan pengundi Pakatan Rakyat dengan cuba mengadakan Unity Gorvernment dengan Umno. Hal dan kebenaran ini tersebar dengan meluas bilamana Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas Perak ketika itu dan mantan Naib Presiden Pas menolak dan menentang dengan keras pengkhianatan yang cuba dilakukan oleh Tuan Guru Hj Hadi. Usaha ini adalah rentetan daripada usaha pertama sebagai first pilot projek yang diusahakan oleh Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali di Selangor untuk berkerjasama dengan Umno yang telah menemui kegagalan.

Mendengar ceramah-ceramah penjelasan daripada Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali selepas itu, menyebabkan rasa jiwa seakan-akan dihiris dengan sembilu yang tajam. Wajarkah baiah terus diperdagangkan dengan seorang Presiden Parti yang jelas telah cuba mengkhianati Pas sendiri. Ekoran daripada itu, Almarhum TGNA memberi amaran keras kepada pimpinan Pas yang cuba belot dan khianati amanah Pengundi Pas dan Pakatan Rakyat ini dengan meluahkan kata-kata " Kiranya Pas ingin berpecah dua malam ini, kita akan pecah". Begitulah tegasnya hala tuju perjuangan " Ulama" yang sebenar-benar ulama.

Antara kebenaran dan fitnah begitu besar bezanya.  Kebenaranya ialah Perdana Menteri ketika itu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengakui bahawa terdapat beberapa siri rundingan sama ada di Kota London dan Makaysia bagi merialisasikan Kerajaan Perpaduan tersebut. Namun mungkin ia telah digagalkan oleh kebijaksanan jebon dan barua yang berhujah dengan fakta dan bukannya gemar menggunakan siku dan lutut di dalam Jawatankuasa Pas Pusat saat itu. Keadaan kritikal pada masa itu, menyebabkan Almarhun TGNA terasa begitu marah dan mencabar dan meminta Ustaz Nasharudin Mat Isa meletak jawatan sebagai MP Bachok dan keluar dari Pas. Hakikatnya wajarkah baiah terus diakui dan dipegang janjinya dengan seorang Presiden yang jelas membelakangkan perjuangan parti.

Salam Ukhwah,

Dr Mohd Osman Mohamad
Serdang, Selangor

Bersambung....!!!!

4 comments:

  1. Tak habis habis lahi pasal BAIAH PAS nampak gaya nya

    Bukan ada nilai ekonomi men guntung Rakyat pon pasal BAIAH ini

    PAS sudah tak tahu nak jaga Rakyat nampak gaya nya

    Kepala Otak!!!!!!

    BAIAH BAIAH BAIAH tapi Gaji Elaoun semua dari Rakyat dan CUKAI Business Cina

    PAS mana ada business nak bayar gaji drebar pon tak mampu.

    BODOH !!!!!!!

    Kalau BAIAH ini ada di niaga kan di Bursa Malaysia tak apa jugak lah.....

    Apa nak jadi orang orang PAS ber Otak kechik ini.....????

    ReplyDelete
  2. Huduh betul bentuk bai'ah yg dilakukan olh PAS. Sanggup menggadaikan maruah isteri demi kedudukan nereka dlm parti. Sanggup mentalaq isteri dgn talaq 3 demi kedudukkan dlm parti.
    Presiden PAS sendiri sanggup mengkhianati pengundi dgn cara bersembunyi mahu mahu bergabung dgn Umno...apakah itu bukan bukan pengkhianatan yg paling besar..dan masih mahu taat???
    Memang huduh perangai2 kamu...

    ReplyDelete
  3. memang confirm barua shah alam yg tambah bai'ah ni bab cerai talak 3...keluaq statement lg...sila rujuk kenyataan dia 2012 walaupun tak di galakan oleh MSU...memang ghb mabuk ketom ulas mcm2... semua Barua DAP ucap pelik2 : Presient kami tak hadir perjumpaan pasai barua dap dok kutuk dia siang malam pagi petang hampir 7@8 bulan dah... yg pkr pun buat kerja tak pernah rujuk PAS...pasai calun pru dah janji tapi ingkar...tukaq mb selangoq...langkah kajang...n jadi broker n barua curi ahli dun PAS(Kepala n ahli JIM baca JIN) untuk sokongan....bila dah tersepit baru nak jumpa... bila kena sergah blk tak ambik jalan....saifudin budak barua pokok sena meracau mcm ketagih ketom... tak tutup mulut jaja rata bila kena marah...hangpa nak pi...pi lah kami pun tak sudi...hangpa puja n puji le dap...memang manusia hipokrit... ghb dah buat n terima dana... kata tak terima...memang hangpa anjing dap....pi le terima duit haram taukey judi n taukey babi dap.. kan lks kata tak perlu bising kalau dia bg duit pasai duit geng dia punya bukan pekara besaq... BAGI KAMI adalah lebih mulia kami makan daging lembu nfc dari bersama dap mengkedarah babi....

    ReplyDelete
  4. so apa lagi...keluarla...nnt boleh bwk kes ke mahkamah syariah...nak senang bwk k emahkamah syariah penang atau perlis...sure x jatuh punye...hihihi...atau cam ghb jer...ckp berdegar2...tapi masih mengaku ahli pas...rumah x siap la...ini lah...itula...atau hati dah mula hilang keyakinan? nelum apa2 dh xdak teluq

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa