Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 28, 2015

Krisis litegriti PM: Statements Husam Musa

MP perlu bersatu berhadapan keruntuhan integriti PM.

Teguran terbuka TPM adalah suara hilang kepercayaan kepada PM.

Juga bermakna PM gagal meyakinkan anggota kabinetnya tidak ada sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB.

Ucapan TPM  mempertikaikan penggantungan permit The Edge dan mencadangkan laporan interim 1MDB Ketua Audit didedahkan kepada umum juga satu cabaran terbuka terhadap kewibawaan PM.

Malangnya, satu-satunya pertahanan PM terhadap keruntuhan integritinya adalah larangan bersuara!

Arahan terbuka PM supaya semua pihak termasuk timbalannya sendiri mesti membisu sepanjang isu 1MDB membuktikan DS Najib tidak lagi mengambilkira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.

Demi 1MDB, DS Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa memperdulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya.

Bermakna, jika beliau kekal sebagai PM, lebih banyak malapetaka terhadap rukun bernegara akan berlaku.

Andainya TS Muhyidin dipecat dari kabinet, semua ahli Parlimen yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada.

Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan.

Saya mengulangi seruan saya supaya MP ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama.
SELAMATKAN NEGARA !!!

Husam Musa
28 Julai 2015

2 comments:

  1. Kenyataan ini siapa nak dengar dan baca pon

    Tak ada kuasa ekonomi dalam nya

    Kalau Ketua PKR dan DAP pon tak jalan , ini kan dari Husam Musa

    Sudah ter lambat , Rakyat dah di kencing sampai banjir tak boleh balik pangkal jalan dah.

    Kecuali Sendiri BerSara atau Di panggil ALLAH SWT....

    Mat Mongol ini bukan budak tadika.... Orang Orang PAS dan juta juta orang kampong yang jadi Budak Tadika suka kan gula gula BR1M sampai kena kencing manis tunggu KIOK

    ReplyDelete
  2. Najib berjuang untuk jadi 1MDB suatu multi billionaire.Supaya dapat menelan billionaire di Malaysia ini, yang sudah melupakan kerajaan ingat untung saja, serta lupa tanggung jawab sosialnya.
    Kejayaan 1MDB ia ada wang boleh membeli syarikat billionare ini.Masa depan negara bukan lagi di tangan ananda, YTL, Robert kouk dll.
    .
    Barang mereka naik suka hati kerajaan tak boleh buat apa.Kerajaan jadi kuli batak mereka.Rakyat melihat kerajaan tidak boleh tolong rakyat.Hakikat pasaran bebas cam tu rakyat tak tahu.
    .
    Kita sokong 1MDB jadi multi billionare baru tahu mereka itu.Kalau tiada ikhtiar mcm mana ? Takkan naik cukai lagi jahanam, jadi pinjam dan tunggu dan lihat insyaAllah negara tidak bankrupt sebab ada PAC dan Parlimen ok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa