Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 25, 2015

Perkara yang tidak pernah berlaku......

Seingat aku dari Yusuf Rawa sehinggan Nik Aziz (kalau salah tolong betulkan) tidak pernah lagi Mursyidul Am disanggah dan diserang oleh Ahli PAS sendiri
Walau pun ada sanggahan dan serangan sebelum ini hanya dari musuh-musuh PAS sahaja
Terfikirkah kita kenapa?

Tapi kenapa sekarang jadinya begitu?
Adakah ini disebabkan krédibiliti atau ilmu?
Sebelum ini tidak ada label dan sumpah seranah sesama sendiri?
Bakar kereta, ugut surat layang juga dibuat.........Presidennya pula membisu!

Adakah orang PAS juga sudah alami kejatuhan moral sebagaimana UMNO dan MIC?
Atau memang syaitan dah menapak di dalam jiwa?

Mujahid nasihat Haron: Hati-hati 'berfatwa'
mk - 12:35PM - 25 Jul 2015

Walaupun bergelar ulama dan berstatus Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tetap perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan, termasuk memberikan 'fatwa' haram kepada wakil rakyat tertentu yang menyertai Gerakan Harapan Baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, wang yang diperolehi sebagai wakil rakyat sebahagiannya digunakan untuk membiayai keluarganya.
Kata anak bekas Yang Dipertua Agung PAS itu berkata mengapa Haron beranggapan elaun diperolehinya haram apabila membuat pendirian menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya ingin bertanya semula kepada beliau (Haron), ada wakil rakyat dalam PAS yang tidak mesra kepada Pakatan dan kadang-kadang menyerang Pakatan. Bagaimana (hukum) pendapatan mereka?

"Adakah ia sah? Adakah mereka memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan atau PAS semata-mata? Jawapannya, mereka menang atas tiket Pakatan," kata Mujahid yang juga Pengerusi Penaja GHB Pulau Pinang.

Beliau berucap di majkus rumah terbuka hari raya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) di George Town, Pulau Pinang semalam.

Mujahid juga memberi contoh bagaimana beliau memenangi kerusi parlimen Parit Buntar dalam pilihan raya umum 2013 dengan memperoleh majoriti 8,000 undi.
 
Kata Mujahid, 80 peratus daripada pengundinya adalah komuniti China, 10 peratus India dan selebihnya Melayu.

PAS mempunyai kira-kira 4,000 di Parit Buntar.

"Jika kita tolak 4,000 ahli PAS, saya masih ada majoriti 4,000 undi. Di mana saya nak letak muka kalau mereka datang jumpa saya?" katanya.

5 comments:

  1. Haron bukan murshid.
    Tapi murshit..
    Dalam kitab karangan imam ghazali,seorg yg boleh mengeluarkn fatwa adalah seorg yg bertahap muhtahid.
    Antara syarat mujtahid antaranya,
    Menghafal 400 ribu hadis beserta sanad.
    Ingat senang2 ke nk merapu buat fatwa ikut nafsu?

    ReplyDelete
  2. harun din bukan tuhan.

    ReplyDelete
  3. harun din ni tuhan ke?

    ReplyDelete
  4. Pembetulan,

    pada PRU13 jumlah undi untuk Mujahid adalah 26,015. Tolak 4,000 ahli PAS Parit Buntar ......



    ReplyDelete
  5. Anon 7:23 AM

    Terima kasih di atas pembetulan. Jadi kalau begitu adakah Mujahid menang kerana undi puak-puak PAS?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa