Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 18, 2015

Polis Thai akan keluarkan waran tangkap terhadap tujuh individu termasuk Mahathir?

Polis Thailand keluar waran soal siasat Mahathir?
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 17 JUL 2015
Tun Dr. Mahathir dan Clare Rewcastle Brown antara tujuh individu yang akan didakwa di mahkamah Thailand

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown antara individu yang disenaraikan akan disiasat oleh polis Thailand.
Sumber berkata, waran tangkap akan dikeluarkan mahkamah Thailand untuk membawa dua individu ini bersama lima yang lain bagi tujuan pendakwaan.
Lima individu yang turut tersenarai akan didakwa ialah hartawan media, Tong Kooi Ong; Penerbit Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Tony Pua; Pegawai Khas Tun Mahathir, Sufi Yusof dan Kamal Sadiqque.
Menurut Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Lt. Jen. Prawut Thavornsiri pada sidang media di Bangkok petang semalam, melaporkan pihaknya mempunyai beberapa bukti kukuh untuk mendakwa tujuh individu berkenaan bagi siasatan berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Penangkapan dan siasatan terhadap individu berkenaan dibuat setelah pasukan penyiasat menjalankan siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang ditangkap di Thailand baru-baru ini atas kesalahan ugutan.
“Sementara itu, semalam, seorang individu yang pernah bekerja Sarawak Report telah membuat kenyataan yang direkodkan oleh Polis Malaysia di Kuching. Pendedahan beliau turut bersama bukti kukuh.
“Berdasarkan kepada semua bukti tersebut, maka wujud satu konspirasi yang sangat kompleks untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya melalui 1MDB, yang jelas merupakan satu tuduhan palsu,” lapor portal Malaysia Today.
Lt. Jen. Prawut turut dilaporkan berkata, Justo telah mengakui ada bermesyuarat bersama “orang yang sangat penting daripada pihak pembangkang Malaysia”. --MalaysiaGazette
Bagaimanapun, di bawah undang-undang Thailand, nama orang-orang ini tidak akan didedahkan sehingga beliau ditangkap dan didakwa di Mahkamah.

1 comment:

  1. WOW!!!!!!!!!!

    LAGI CEPAT TUN MAHATHIR KENA TANGKAP LAGI CEPAT LAH RAKYAT BANGKIT NAMPAK GAYA NYA

    TUNKU BAPA KEMERDEKAAN & BAPA MALAYSIA

    MAHATHIR BAPA PEMBANGUNAN

    MAT BAHALOL BAPA HUTANG

    JUTA JUTA SEMUA RAKYAT MANFAAT DARI TUN MAHATHIR

    Tanpa Tun Mahathir apa lah Mat Bahalol pon



    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa