Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 19, 2015

Ungkapan bangang: GHB untungkan BN. Puak mu kube PR tu untungkan sape pulak?

PAS: Gerakan baru 'hanya akan untungkan BN'
mk - 2:00PM - 19 Jul 2015

Landskap politik baru dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) di dalamnya hanya akan menguntungkan BN, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Ini, katanya, kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.

"Kumpulan pembangkang akan meraih keuntungan jika perkembangan ini dapat menarik pengundi yang selama ini memihak kepada BN. Tetapi adakah ini akan berlaku?.
"Saya kurang yakin kerana contohnya gerakan pemimpin PAS yang kalah kelihatan memberi tumpuan kepada ahli-ahli PAS sahaja," katanya dalam satu kenyataan semalam.

GHB adalah sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh pemimpin progresif PAS yang disingkirkan oleh golongan konservatif daripada kepimpinan parti itu dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Gerakan itu adalah pelopor kepada penubuhan sebuah parti politik baru yang berhasrat menjadi lebih inklusif ketika PAS dilihat terseret ke kanan.

"Saya hanya dapat melihat mereka berupaya menarik atau "mencuri" ahli, penyokong dan pengundi PAS sahaja," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.

"Ahli, penyokong dan pengundi Umno//BN akan terus kekal dengan Umno/BN," kata Iskandar yang juga  naib presiden PAS.

Begitu juga, dengan pecahnya Pakatan, Iskandar berkata, jika DAP bertanding di kerusi PAS, ia hanya akan memecahkan undi pembangkang dan memihak kepada BN.

"Sama ada Harapan Baru atau DAP, mereka mesti diingatkan bahawa strategi berasaskan dendam akan dapat dirasai oleh rakyat.

"Sokongan atau undi kepada pembangkang tidak akan meningkat. Perpindahan undi hanya akan berlaku di antara parti-parti pembangkang.

"Malah terdapat kemungkinan besar terdapat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana tidak lagi melihat pembangkang sebagai satu alternatif yang berwibawa akibat dari pertelingkahan yang berlaku," katanya.

8 comments:

  1. Tidak boleh emosi dengan PAS ini.

    PAS sudah GAGAL jadi ORANG...

    Semua kata kata dari Pemimpin PAS bagai Sampah saja dan tiada nilai ekonomi langsung.

    Sama seperti Mat Bahalol sudah.

    GAHARU akan jadi peganti PAS bawa Pakatan Rakyat dan Rakyat menumbang UMNO BN di PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  2. Itu petanda umno sudah lemas perut.... PAS pulak sudah start muntah2 keracunan wala.

    ReplyDelete
  3. Rupanya terbangun dari tidur pemimpin PAS ni, dan telah ramai meracau bagai kena sampuk pemimpin2 PAS bertaraf ulama dengan memaki hamun kepada pemimpin2 GHB dan PKR.
    Katanya PAS kuat bila bersendirian, buktikanlah.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Pokok ceritanya mudah sahaja dengan puak PAS yg memimpin sekarang. Kerana nafsu serakah h3ndak membolot jawatan - jawatan dalam pemilihan lalu- pikiran menjadi kelam dan tidak lagi berupaya untuk melihat kesan-kesan yang bakal menimpa PAS haeil perbuatan mereka.

    Kerana mengikut nafsu serakah dan tebalnya hasad dengki melereka sanggup kelakukan tindakan-tindakan yang dilarang oleh ugama. Batas ugama dibuang kelaut sebaliknya mereka mengguna kitab baru karangan Mechiavelli untuk mencapai keinginan serakah mereka.

    Yqng sedihnya mereka sanggup memperdagangkan ugama itu sendiri demi mencapai cita-cita mereka.

    Now hasrat mereka sudah tercapai 106%. Persoalan sekarang ialah mengapa mereka tidak m3ngurus kemenangan besar itu dengan melaksanakan agenda yang mereka canangkan dulu. Sebaliknya mereka dok sebok dengan perkara-perkara lain yang xde kena mengena dengan mereka.

    Iskandar membangkitkan bahawa GHB hanya menguntungkan BN dengan mencuri ahli-ahli PAS. Jika ini berlaku ia menunjukkan kegagalan agenda besar mereka sahaja. Jika ag3nda ters3but yang di suap paksa kepada ahli-ahli PAS sejak p3milihan 2013 benar2 wujud ( bukan satu pembohongan untuk menipu ahli supaya menyokong mereka) , tidak timbul masaalah ahli PAS akan dicuri, perpecahan undi bila berlaku pertand8ngan 3 penjuru dll.

    Kita masih belum mendengar dan melihat mereka mengerakkan pe4juangan versi mereka yang dikatakan benar dan betul mengikut ajaran Islam itu. Usahkan agenda 8tu sendiri, bayang dan bau pun kita tak dapat lihat dan hidu.

    ReplyDelete
  5. Aiseymen..skrg baru nampak ke?

    Sepatutnya tanya diri PAS sendiri yg tingkahlaku kamu itu yg beria2 sangat nakkan hudud sampai memutuskan persahabatan dan akhirnya siapa yg dpt masalah skrg?Kalau umno nakkan hudud hingga kini hampir 60 tahun memerintah malaysia kenapa masih tak buat hudud jadi diorang buat apa ni? Memberi sokongan yg sementara di peringkat negeri bukannya cukup utk melaksanakan undang2 itu. Siapa cicirkan siapa? PAS, kamu yg sebenar2nya akan tertinggal ke belakang..

    SALAHKAN DIRI SENDIRI.. Malaysia dilanda pelbagai masalah dlm dan luar negara..mana dia suara pemimpin2 muda yg syok sendiri tu? Inilah org yg dikatakan sebagai, 'gilakan jawatan', tapi buat kerja bangang!

    ReplyDelete
  6. Pemimpin pas banyak yang perasan bagus. Sembang kencang tapi poyo.. kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Inilah masanya para pemimpin PAS turun padang untuk meyakinkan ahlinya untuk terus memberi sokongan dan tidak meninggalkan Jemaah..saya sebagai penyokong PAS menyokong 100 peratus pelaksanaan hudud di Malaysia..namun undang undang islam itu tidak akan terlaksana selagi BN ada dimuka bumi ini..bagi golongan muda dan pecinta demokrasi mereka memerlukan satu wadah baru untuk merealisasikan impian mereka kerana sudah terlalu lama mereka menunggu untuk melihat bumi Malaysia ditadbir dengan lebih adil dan berkebajikan..hanya dengan perkongsian kuasa sahaja BN dapat ditumbangkan tapi dengan penarikan PAS dalam pakatan pembangkan sudah tentu akan merencatkan impian tersebut..tidak salah untuk golongan progresif menubuh parti baru menggantikan Pas dan seterunya mengujudkan pakatan yang baharu..insyaallah kemenangan akan dapat dicapai..bagi PAS anggaplah apa yang berlaku itu satu cabaran saya mendoakan agar undang undang hudud qisas dan takzir akan dapat dilaksanakan suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  8. Dendam apa pulak ni. Sekarang PAS ulamak punya. Jebon dah kena halau. Apa lagi berpetalah. Kendurilah. Buatla do's selamat. Ini tidak asyik menyalak siang malam apa hal? Tak tau buat kerja ke? Itulah kalau bertindak ikut nafsu. Cakap berdegar-degar tapi habuk pun tarak!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa