OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 17 JUL 2015
Islam mengharamkan umatnya memutuskan silaturahim, kata Pengerusi Jawatankuasa Sementara Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu.
Sehubungan itu, beliau yang mewakili seluruh keluarga besar Harapan Baru meminta maaf atas segala salah silap sepanjang persahabatan termasuk kepada pimpinan Pas.
Beliau juga katanya, secara peribadi memaafkan semua pihak.
“Islam adalah agama Rahmatan Lil 'Alamin iaitu rahmat untuk sekalian alam. Justeru, ianya mesti dibumikan oleh setiap penganutnya bukan sekadar disyarahkan di mimbar masjid dan kuliah agama, tetapi mesti dihayati dalam setiap denyut nadi masyarakat keseluruhannya, sama ada yang Islam dan bukan Islam,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri hari ini.
Mat Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas bersama kumpulan progresif dalam parti itu telah menubuhkan parti baru yang dinamakan Harapan Baru dan kini menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Pelancaran Harapan Baru yang kini berstatus jawatankuasa sementara itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Isnin lalu dengan bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut bersama menyertainya.
Mat Sabu menjelaskan, Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam telah dicemari akibat terpisahnya akidah dan akhlak dalam kalangan pemimpin serta umat Islam sendiri.
“Sempena menyambut Aidilfitri yang penuh barokah ini, kita mengharapkan semoga sebuah Harapan Baru dapat dijelmakan agar umat Islam dapat bergerak seiring akidah dan akhlaknya dalam segenap corak kehidupan bermasyarakat serta bernegara.
“Aidilfitri juga mencetuskan semangat politik yang baru. Menilai setiap isu yang berlaku dari sudut gambaran besar dan keluar dari sektarian sempit yang merugikan ummah,” katanya.--MalaysiaGazette
Terbaik dari Abang Mat dihari yang mulia ini.
ReplyDeleteAbg mat sanggup mohon maaf.. Standard pemimpin yg berkaliber.. Dia memang nak duduk dlm pas tetapi rasanya buang masa nak cerdikkan geng ustaz al azhar yg lulus pun suam suam kuku... Pi alazhar pun sbb dah xda tempat kat uni dlam negara... Balik balik nak tunjuk cerdik... Xtau hal politik.. Sanggup geng ni jual agama semata mata nak kan pangkat ... Ni le geng jual agama dan ulamak su yg nabi sebut kan... Semuga harapan baru terus bangun memebela ummah bukan mcm geng pas hadi altololi al pil kudaki yg cuma tau nak bela al najibi binti rosmahi...
ReplyDeleteAdoooih....tajamnya sindiran mat sabu!
ReplyDeleteAgaknya lobang hidung pemimpin PAS kembang kecut bangga kot bila mat sabu minta maaf kot.....hahahahaha
ini baru pemimpin namanya, bolih sebak seketika, hebat che Mat, kami sekeluarga berdoa agar tuan diberi taufiq dan hidayah dalam memimpin Harapan Baharu. Sekian
ReplyDeleteSalam Aidilfitri drp.rakan2 georgetown penang buat buat Abg.Mat serta team Harapan Baru via m'dweller...tQ!
ReplyDeleteMAT BRONSON ini betul betul Professional dan bukan bacul
ReplyDeleteMAT BRONSON ini CONTOH LELAKI orang orang PAS mesti belajar ikut
Yang lain dalam PAS hanya lah MAT TOLOL!
Pemimpin hebat bang mat..
ReplyDelete#AsalkanbukanPASpig
Setelah sekian lama kemunculan sesuatu yang baru ini diharapkan dapat memenuhi tuntutan " Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam " bukan setakat tahu menghukum dan menyesatkan orang lain....mengambil alih kuasa tuhan.
ReplyDelete