Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 17, 2015

Tunku Aziz pula cuba buka ruang untuk alih perhatian?

Adakah tujuannya untuk membela Najib?
Adakah pada pandangannya apabila Mahathir telah buat, dan Najib buat perkara yang sama itu tidak salah?

Apakah peranan sebenar dia sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Tun M sedia disiasat
 | July 17, 2015
Dr Mahathir sedia didakwa dan ditangkap sekiranya dirinya bersalah dengan dakwaan kehilangan wang RM600 juta.
mahathir_abdul-aziz_600
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap dakwaan kehilangan wang RM600 juta pada tahun 80-an.
Dalam entri terbaru di blognya, beliau menyambut baik dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim terhadapnya.
“Jika terdapat bukti bahawa wang itu masuk ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Ini tidak terlalu lewat,” cabarnya.
Menurutnya, siasatan perlu dilakukan bagi mengesahkan dakwaan sama ada wang berkenaan masuk ke dalam akaunnya atau wang itu telah hilang disebabkan keputusan oleh London Metal Exchange memutuskan bahawa bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli.
Jelas Dr Mahathir, beliau menawarkan dirinya untuk disiasat bukan bertujuan untuk memesongkan perhatian semasa berhubung siasatan dakwaan pemindahan wang ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam entri yang sama, bekas Perdana Menteri Keempat itu berkata beliau menyokong Najib pada pilihan raya lalu walaupun pandangannya terhadap beberapa perkara dan dasar tidak diterima.
“Beliau juga tidak menerima pandangan saya bahawa BR1M dan membawa sepanduk “I Love PM”, “1M4U” dan lain-lain harus dihentikan.
“Tidak juga dia terima banyak perkara lain yang saya memberitahunya supaya tidak melakukan atau yang perlu dilakukan jika beliau mahu menjadi popular. Beliau berkata “Tunai Adalah Raja”, ulas Dr Mahathir dalam blog yang dikemas kini pada Khamis.
Jelasnya, perkara itu tidak mempengaruhinya untuk mendesak Najb berundur sehinggalah skandal 1MDB.
Katanya lagi, Perdana Menteri mempunyai penasihatnya sendiri, termasuk tiga warga Britain, selain membayar perunding asing untuk menasihatinya tentang hal-hal kerajaan.
Dakwanya lagi, Najib juga bergantung kepada Singapura sama ada dia perlu membina jambatan atau kereta api berkelajuan tinggi.
“Apabila Singapura berkata jangan dia ditangguhkan projek-projek itu. Jho Low adalah kawannya dan kelihatan mempunyai pengaruh yang besar ke atasnya.
“Hakikatnya ialah beliau adalah proksi mereka bukan proksi saya. Jika dia telah berkelakuan sebagai proksi saya, maka tidak akan ada 1MDB dan lain-lain,” dedah beliau dalam blognya.

1 comment:

  1. Ini biasa aja bah

    Siapa suap nasi , mesti lah kucing meow meow pada orang lain

    Budak bahalol jugak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa