Muhyiddin arah ahli UMNO berhenti serang Tun M
Hormati Tun M sebagai bekas Perdana Menteri yang dianggap seperti seorang bapa.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO supaya berhenti membuat serangan balas terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada ahli UMNO yang menggunakan media arus perdana untuk menyerang Dr Mahathir dengan menyifatkan apa yang dilakukan hanyalah sia-sia kerana ia hanya menyebabkan populariti bekas Perdana Menteri itu semakin melonjak naik.
Malah, apa yang dilakukan itu sekaligus mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.
“Berhentilah hentam Tun M , lagi anda hentam lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh.
“Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas Perdana Menteri ada banyak idea. Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Berjaya Times Square malam tadi.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib.
“Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib…pasal mengenang sejarah Tun Abdul Razak Hussein.Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau,” jelasnya.
Semantara itu,Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut senada dengan Muhyiddin dengan menyifatkan tindakan serangan balas terhadap Dr Mahathir akan memburukkan lagi keadaan.
Katanya sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir berhak membuat teguran kepada kepimpinan yang ada demi kebaikkan bersama berdasarkan pengalaman yang dimiliki beliau.
Memanglah dia pernah bagus. Kalau niat nak perbaiki keadaan, tak perlulah bercakap kepada media barat yang memang tunggu point nak lanyak Malaysia ni.
ReplyDeleteBenda ini simple sahaja, tak perlu cakap belit-belit kat kami rakyat jelata. Sebaliknya, nasihatkan saja kepada dia supaya betul-betul bersara terus dan jangan bising-bising lagi. Duduk kat tikar sembahyang dan beramal. Kurangkan urusan dunia dan tutup buku politik. Ingat, kita bukan indispensable dan paling tinggi ilmu. Ada orang Melayu lain yang lebih muda dan hebat juga. Ok. Selamat hari raya.
Tun Mahathir hanya se orang UMNO berani kerana benar
ReplyDeleteTun sudah nampak azab di kubor bila sekongkol aniaya Rakyat
Yang lain tak nampak azab kubor lagi , hanya nampak gambar DUIT AGONG
Muhyideen mungkin sudah rasa tak akan dapat lari dari azab kubor pon tu nak buat betul keadaan politik negara
HIDUP MUHYIDEN !!!!!!!!!!!!!
Tun Mahadhir sebenarnya sayangkan bangsa melayu...dan Tun tidak rela melihat UMNO hancur dalam tangan Najib...sebab itu Tun turun padang beri kesedaran pada rakyat...Tun juga adalah bekas PM selama 22 tahun...dari pengalaman beliau, Tun amat menyedari bahawa ada banyak perkara2 yang tidak kena dalam pimpinan si lemah Najib...terutama dalam perbelanjaan negara yang menjadikan hutang negara semakin meningkat melonjak naik...Tun menyedari bahawa GST yang dihadiahkan Najib kepada rakyat adalah jalan mudah untuk Najib mengumpul wang...akhirnya rakyat yang susah, terbeban dengan hutang2 negara...ternyata bahawa rakyat dikemudiankan oleh Najib...Namun sebaliknya Najib dan singa betina Rosmah semakin kaya dan mewah membelanjakan wang untuk keluarga yang entah dari sumber mana datangnya...nilai ringgit semakin hari semakin turun kerana Najib tidak bertindak melakukan sesuatu...pembangunan negara banyak yang terbengkalai...malah Najib banyak membazirkan wang negara dengan slogan2 1Malaysia dari idea yahudi, I love PM, I am for you dan banyak lagi idea2 membazir yang tiada faedah untuk rakyat...Najib dan barua2nya sentiasa berpura2 mengatakan bahawa ekonomi Malaysia sentiasa stabil...walhal inflasi semakin meningkat dan barang2 keperluan rakyat sentiasa naik sedikit demi sedikit...mungkin selepas ini Najin akan menjual Putrajaya pada pihak luar yang sentiasa menanti masa untuk menghuru-harakan Malaysia ini...
ReplyDelete