Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 31, 2015

Bakpo PAS jadi gini

Ada orang hantar...
Untuk renungan bersama .....
Salam, sy bukan lah sesiapa pun. Tapi sy ada suatu pandangan yg nk diberikan.

 Jangan emosi. Baca sampai habis dan fahamkan. Salah silap mohon teguran membina.

Bukan nak memuji atau sesuka hati buat kritikan..
Ini lah REALITI !!!!!!

PAS ketandusan pelapis yg berwibawa. Lagi2 lepas wujud kumpulan GHB.

PAS sepatutnya cemburu dgn rakan2 kompenannya dlm Pakatan Rakyat. Mungkin sesuai "bekas rakan komponen Pakatan Rakyat", DAP & PKR mempunyai ramai anak muda drpd kalangan ilmuan & teknokrat yg menyertai parti tersebut. Diorg tak tertarik menyertai PAS. Setakat artis menyertai PAS? Tak hairan. Mintak maaf cakap, setakat mana kelulusan akademik Abby Abadi? Maybe artis2 ni popular tapi apa idea mrk yg boleh kita aplikasikan utk menyelesaikan masalah negara? Setakat hari ni, ramai profesional berduyun-duyun menyertai DAP.
 Mengapa DAP?

Siapa yg menyertai DAP? Penganalisis politik Ong Kian Ming. Lulusan LSE. Dlm dunia, MIT & LSE telah terbukti menghasilkan manusia2 yg super pintar. Menariknya lagi, DAP terus menyediakan jawatan khas utk beliau berperanan. Blogger Jeff Ooi dulu pun mcm tu jugak. Masuk DAP terus dapat jawatan. Zairil Khir Johari masuk DAP juga terus diberi jawatan menjadi Setiausaha Politik kpd Lim Guan Eng. Saing yg masuk DAP sekali dgn Kian Ming, Bee Ying pun turut diberi ruang utk berperanan sbg jurukempen media sosial DAP. Mereka2 yg cerdik menyertai DAP tidak disia-siakan keupayaan serta kebolehan mereka dlm bidang masing2.
Bila PAS direzekikan menerima kemasukan org hebat seperti Allahyarham Datuk Fauzi Shaari (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) ke dlm partinya, ianya menjadi malang apabila beliau hanya berperanan menjadi ahli biasa shj. PAS mensia-siakan skil & pengalaman berharga beliau. Sepatutnya beliau diberi peranan besar dlm parti PAS. Jadi think tank atau pemikir polisi bg PAS misalnya. Atau diserap ke dlm PPP iaitu Pusat Penyelidikan PAS. Tapi mcm biasa beliau hanya diusung utk memberi ceramah politik shj. Ini artis masuk PAS dibawa ke hulu ke hilir jadi penceramah. Sepatutnya diorg boleh dilantik sbg agen propaganda PAS yg berkesan dlm youtube misalnya. Atau buat filem dakwah yg patuh syariah. Eksploitasikan artis2 tersebut pada tmpt yg betul.

Pernah teringat dulu bila Eddy Gordo sebut pemimpin politik harus dilantik drpd kalangan peniaga/usahawan. Aku terus setuju. Sbb diorg ada pengalaman memimpin. Ini lantik org makan gaji utk memimpin. Macam susah organisasi politik tersebut nk pergi jauh. Tony Pua adalah usahawan ICT yg berjaya sblm menyertai DAP. Bila join DAP, beliau menjadi aset kpd parti politik tersebut. Lantas menjadi inspirasi kpd anak-anak muda di luar sana utk menyertai DAP. Tgk Tony Pua melawan kjaan dgn fact & figure. Bukan dgn maki hamun atas pentas ceramah mcm "sesetengah" pemimpin PAS.

Walaupun ramai yg mengkritik Anwar, tetapi ada jugak pekara yg patut kita puji Anwar. Antaranya Anwar cepat bawak naik anak2 muda pintar yg mempunyai latar belakang akademik yg bagus utk menjadi pemimpin PKR. Terutama sekali geng2 yg dikenali sbg budak ofis Anwar. Nik Nazmi, Sim Tze Tzin, Yusmadi dan ramai lagi. Bila Rafizi berhenti kerja dan terlibat sepenuhnya dgn politik, Anwar sanggup create satu jawatan khas iaitu Pengarah Strategi PKR utk diisi beliau lalu memudahkan beliau berperanan dlm PKR. Anwar bg satu pengiktirafan kpd golongan cerdik pandai utk memimpin. Bab ni kita tabik Anwar. Kalau Rafizi masuk PAS mungkin malam ni dia akan pegang torchlight jaga parking & lalulintas masuk ke kawasan ceramah bersama muka perasan hensem krn berbangga memakai baju uniform Unit Amal. Huhuu.

Cuba tgk Dewan Pemuda PAS skrng, beku dan jumud. Lebih dikenali publik sbg tukang haram konsert & Valentine's Day. Dewan Pemuda & Dewan Ulamak dah jadi kembar siam. Tak dirasai kehadiran mrk dlm arus perdana politik tanah air. Takde idea atau blueprint nak selesaikan masalah rakyat. Masalah dalaman iaitu gaji guru Tadika PASTI yg amat rendah iaitu dibawah paras kemiskinan tegar pun DPPP masih tak mampu nak setel bai. Idea nak selesai
kan isu2 yg lain tak kedengaran. Habis mcm mna?

Ramai budak Universiti tak ingin nak join Dewan Pemuda PAS sebab diorg tahu last2 diorg akan jadi budak gantung bendera serta tidak mahu dipimpin oleh ustaz2 yg perasan pandai dlm dewan tersebut. Sbhgn ustaz2 ni pulak merasakan diorg ni paderi yg berkuasa memberi arahan sesuka hati yg wajib dilaksanakan oleh ahli bawahan. Mcm arahan bos kilang kpd kuli. Takde semangat setiakawan langsung. Tapi mulut berzikir pasal ukhwah.

Sudah menjadi rahsia umum iaitu tunggu pemimpin atasan dlm PAS meninggal barulah parti tersebut dapat pemimpin baru. Faktor ini jugaklah yg membuat ramai ilmuan tawar hati lalu menjauhkan diri drpd PAS. Ustaz2 muda yg cerdik dan pandai sudah tidak berahi & minat nak join politik krn PAS sudah hilang tarikan. Mereka lebih berminat menjadi third force. PAS dilihat lebih mementingkan aspek senioriti berbanding merit utk menjadi pemimpin dlm parti. Tak rugi memberi peluang kpd anak-anak muda utk memimpin.

Jadi jgn menyesal bila fenomena 'Brain Drain' sedang parah berlaku dlm parti PAS pada waktu ini. Manusia cerdik & berkualiti semakin hari semakin menjauhkan dirinya meninggalkan PAS. Atau situasi ini mmg sengaja dibiarkan demi mengekalkan ustaz2 ini utk terus berkuasa memimpin PAS tanpa diganggu-gugat oleh mereka yg pandai lagi berkualiti? Itu pasal kita tengok Najib lagi takut dgn Anwar drpd Tuan Guru Hj Hadi.

Sekian sudut pandang dr seorang otai parti masa kini. Sy yakin, ramai berpendapat yg sama mcm sy.
Maaf jika ada yg terasa. Peace No War

32 comments:

  1. RAKYAT SEMUA BANGSA SEDAR SUDAH BAHWA ORANG ORANG AKAL ZAMAN BATU SAJA SUKA PARTI PAS

    PEMIMPIN PAS PULA ORANG ORANG OTAK CETEK DAN SYOK SENDIRI BAGAI NYOK ATAS POKOK KELAPA DI LADANG SAWIT

    ITU HAKIKAT NYA ORNG ORANG YANG KUAT HAFALAN NYA TAPI GAGAL MENJADI ORANG DI ALAM REALITI

    AKHIR NYA PAS WIJUD TANPA NILAI EKONOMI AKIBAT OTAK OTAK BER HARAP DAN MAKAN GAJI (BUTA)

    MOGA MOGA MONYET DI POKOK KELAPA SEDAR KELAPA POKOK NYA TAK TINGGI MANA BER BANDING REDWOOD DI HUTAN OREGON AMERIKA SYARIKAT

    TAPI MONYET TAK BOLEH DI SALAH KERANA TAK KE SEKOLAH

    ELOK LAH PEMIMPIN PAS RENUNG SAMADA IA NYA ORANG MANUSIA ATAU MONYET

    ReplyDelete
  2. PAS rindu hidup bawah tempurung

    ReplyDelete
  3. Satu pandangan yang berani itulah hakikatnya kepimpinan dalam PAS hari ini bila disebut ustaz semua kembang tapi bila dikemuka masaalah bukannya hendak diselesaikan tapi mula memberi alsan itu ini kesudahannya orang lain yang tolong selesaikan ,dan PR terkubur pun itulah juga puncanya orang cuba menyelesaikan tapi puak ustaz yang kononnya betul telah mengunakan kuasa alim mereka untuk menidakkan kebenaran yang terjadi itulah sebabnya juga bang mat sabu rasa kecewa sebab para ustaz menggangap beliau tiada title ustaz dan dilantik pula perwakilan hingga menjadi orang kedua berkuasa tapi beliau tidak pernah mengguynakan kuasa kesudahan dia difitnah kononnya kuda tunggangan DAP,itulah sikap pemimpin PAS yang bergelar ustaz dengan serban jebon mereka.Kita tunggu dan lehat keruntuhan PAS bersama UMNO yang akan terjun kelubang yang sama.

    ReplyDelete
  4. tanpa tgfn & tgna...Pas jadi parti lebai kampung.

    ReplyDelete

  5. SYABAS...TUAN2 ORANG HEBAT...KERANA NAMPAK SEMUA KELEMAHAN PAS..

    TUAN2 ANTARA HULUBALANG MELAYU YANG MENIKAM DAN MEMBUNUH WALAU SAUDARA SEAGAMA

    TAK ADA KAH LAGI KEBURUKAN PAS UNTUK DI BAGI ..TAHU??? KEPADA DUNIA..!!

    KALAU TUAN TIDAK JADI AHLI/AJK PAS...ADA BERIBU LAGI AKAN MASUK DAAA...

    KALAU SETAKAT NAK JADI AHLI POLITIK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai ust pas pun tikam sesama mrk n nak berhujah xblh guna kuasa vetolah n Insyallah ramai akan berhijrah dari thn ke thn kerna cari wadah baru...PAS bukan sebahagian MAZHAB dlm Islam n xberdosa meninggalkannya...

      Delete
    2. Ramai ust pas pun tikam sesama mrk n nak berhujah xblh guna kuasa vetolah n Insyallah ramai akan berhijrah dari thn ke thn kerna cari wadah baru...PAS bukan sebahagian MAZHAB dlm Islam n xberdosa meninggalkannya...

      Delete
    3. Ramai ust pas pun tikam sesama mrk n nak berhujah xblh guna kuasa vetolah n Insyallah ramai akan berhijrah dari thn ke thn kerna cari wadah baru...PAS bukan sebahagian MAZHAB dlm Islam n xberdosa meninggalkannya...

      Delete
    4. Ramai ust pas pun tikam sesama mrk n nak berhujah xblh guna kuasa vetolah n Insyallah ramai akan berhijrah dari thn ke thn kerna cari wadah baru...PAS bukan sebahagian MAZHAB dlm Islam n xberdosa meninggalkannya...

      Delete
    5. Ramai ust pas pun tikam sesama mrk n nak berhujah xblh guna kuasa vetolah n Insyallah ramai akan berhijrah dari thn ke thn kerna cari wadah baru...PAS bukan sebahagian MAZHAB dlm Islam n xberdosa meninggalkannya...

      Delete
    6. Kebenaran itu memang pahit...Terima dgn positif dan berlapang dada saudara..

      Delete
  6. SYABAS...TUAN2 ORANG HEBAT...KERANA NAMPAK SEMUA KELEMAHAN PAS..

    TUAN2 ANTARA HULUBALANG MELAYU YANG MENIKAM DAN MEMBUNUH WALAU SAUDARA SEAGAMA

    TAK ADA KAH LAGI KEBURUKAN PAS UNTUK DI BAGI ..TAHU??? KEPADA DUNIA..!!

    KALAU TUAN TIDAK JADI AHLI/AJK PAS...ADA BERIBU LAGI AKAN MASUK DAAA...

    KALAU SETAKAT NAK JADI AHLI POLITIK...

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat pandangan itu. Kalau boleh, print dan sebarkan semasa sesi penerangan GHB.

    ReplyDelete
  8. Artikel d atas ada banyak kebenarannya. Bahkan saya sudah merasainya sejak dulu lagi apabila PAS di bawah pimpinan Presidennya sendiri kalah di T'ganu. Lepas itu lebih jelas selepas TGNA kembali ke rahmatullah. Dan selepas tersingkirnya gulungan propfesional dalam Muktamar yang lepas, sahlah PAS sudah dipenghujung hayat. Minta maaf.

    ReplyDelete
  9. kalau tak da tukang cegah yang mungkar nak harap sapa lagi setakat lani
    ada lagi pahit kita kebanyaknya ikut keturunan yang hanya ikut ikut dalam Islam
    sebab tak ramai yang paham bacaan ayat ayat suci Al Quran jadi bagaimana kita boleh dapat pengajaran dari AL Quran
    setia kita puluhan tahun duk belakang tok imam macam burung pak tua dengar bacaan tapi tak tau apa
    lepas tu rioh aku islam aku Islam - Islam apa macam ni
    orang kapir ikut nenen moyang depa sembah berhala kita pula ikut turunan Islam tak mau belajar ugama Islam
    sampai bila kita nak teruskan budaya burok ni jadi pastikan anak cucu kita tidak ikut perangai kita
    sedih oi mati dalam kedaan tak paham bacaan al quran
    jadikan quran pelindung kita di akhirat jangan jadikan Quran pendakwa kita pulak
    pedih tapi itulah kita tak mau hijrah dari bodo kepada tau
    ramai orang tak perasan bab ni sengaja dibangkitkan untuk kesedaran
    kepada yang mau berubah

    ReplyDelete
  10. Bakpo PAS jadi gini? Kerana PAS dengan Islam berpisah tiada, Al-Quran dan Hadis jadi darah daging mereka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam quran hadis pas dibenarkan fitnah pil kuda?
      Pemimpin dibenarkan ponteng keja?
      Maki hamun,label sesama islam?
      Dlm pemilihan pakai chai?
      Khianat sesama?
      Cewahh..sedap hg goreng pas dan islam berpisah tiada.
      Elok hg naik pokok nyoq,terjun pala dulu

      Delete
    2. Jgn salahkan islam bro..allah bg aqal suruh berfikir..rangka stategi.. semua ada dlm quran dan hadis...tu yg pemimpin pas skrg xder..bodoh sombong..

      Delete
  11. bayangan pemikiran pemimpin skrg seperti yg ditunjukkan oleh anonymous 11:18
    krtiik je...org yg kritik hebat..tikam sedara seagama...ramai lg nk jadi ahli pas..
    itulah suara sombong dari pas sekarang..kalau dia bunu/tikam sedara seagama x ape...
    peliknya parti pas....

    ReplyDelete
  12. Amat bernas isinya, tetapi terdapat sedikit kecacatan bila mana ada unsur memandang rendah pada pencapaian akademik seseorang individu seperti yang dinamakan. Setiap individu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, seperti pakar bedah pun tidak boleh membedah dirinya sendiri untuk pintasan jantungnya. Sepatutnya peranan setiap individu perlu digembeling agar saling melengkapi untuk memperkasakan pasukan. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  13. Islam tak mengajar umatnya buat benda bodo. ikut Islam mende boh? Islam ajar tepati janji. Tak tepati janji itu munafik. Islam ajar mufarakah apabila tak sehaluan. Kenapa PAS tak mufrakah dari Pakatan Rakyat. Dok main tikam belakang rakan tahaluf siyasinya. Ikut Islam mende boh??? wakaka

    ReplyDelete
  14. kah kah kah!
    kau betul dan aku dah merasai dan alami.

    ReplyDelete
  15. PAS SUDAH JADI PARTI AJARAN SESAT

    ReplyDelete
  16. PAS tetap beristiqamah hingga kemenangan.. tak perlu risau akan pandangan manusia di luar PAS.. yg perlu dirisaukan ialah pandangan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg presideng kau tu fitnah pil kuda membaruakan orang tu ikut pandangan Allah ke bro. Tengok dulu sebelum cakap bro.

      Delete
    2. Tapi Allah xsuruh fitnah sesama sendiri, Allah xsuruh labelkn sesama sendiri dgn pelbagsi gelaran, Allah xsuruh guna kuliah di masjid/surau drngan memburukkn rakan yg betbeza pendapat, Allah xsuruh tuduh org jual pil kuda dan kominis tanpa bukti, Allah xsuruh khianat kpd rakan setelah berjanji fgn letak cslon PAS di kota damansara/sg aceh, Allah larang khisnat amansh dgn ponteng sidang parlimen tapi gaji xpernah ponteng ambil setiap bulan.

      Betul la kamu kata xperlu risau pandang Allah sebb semua yg Allah xsuka yg tu tok lebai kamu buat....tak gitu wan rosli?

      Delete
  17. Umat Islam nak berkawan dgn kafir tiada halangan dalam Islam, akan tetapi umat Islam ada batasnya yang digariskan dalam Al-Quran, kerana kafir ni mempunyai akhlak yang rosak dibimbangi umat Islam akan menjadi lalang apabila berada didalam kelompok kafir, kalau kafir menjadi lalang condong kearah Islam itu tandanya umat Islam berjaya mendakwahkan mereka. Kalau umat Islam lebih condong kearah kafir maka rosaklah Islam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biaq betul mamat ni

      Yang kapir makan babi dan minum arak ni tak la ponteng parlimen tapi xmalu ambik gaji tanpa pont3ng. Takde setakat ni yang didakwa rasuah ol3h SPRM. Takde khianat bila berjanji.

      Tapi yang Islam, yang berada dijalan lurus ni, macam2 cerita. Yang UMNO d3ngan kes rasuahnya, makan harta n3gara, memperhambakan sesama Islam kerana nak kekal kuasa dll. Yang PAS pun satu hal terutama yang diangkat ahli ketahap ulamaknya. Yang ulamaknya berperangai ularsemak.

      Delete
  18. Presideng kepala beruk kata, PAS tak suka berebut kuasa dan PAS hanya mahu jalankan amanah rakyat. Ala Utuh mung Hadi Awang - Presideng peruntuh Islam Semalaya.......Beruk Jantan macam Wan Rosli tu bolehlah kamu nak tipu Presideng Oiii.......Kalau kamu mengaku Rasul Melayu pun maka otomatik dia akan Salawat ke atas Presideng peruntuh Islam.

    ReplyDelete
  19. Itu bukan alasan untuk kamu condong kearah kafir, ada akal pikiaq laaaa....jgn jadikan alasan dan jgn ikutkan amaraha kamu nanti binasa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa