Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 21, 2015

Cukup cerdikkah Politikus kita?

Adakah politikus kita benar-benar tahu membezakan benar dan salah? 
10:30AM Jul 20 2015
oleh Mariam Mokhtar

SUARA LANTANG:  Jika anda bercita-cita menjadi guru, ada orang mendakwa yang anda perlu tahu melayan kanak-kanak, untuk menjadi polis, anda perlu sentiasa bersedia membantu orang lain, mekanik perlu tahu mengenai kereta dan kaunselor perlu mempunyai keupayaan mendengar yang baik. Bagaimana pula dengan ahli politik?
Politik Malaysia telah jatuh ke tahap paling hina, sehingga kanak-kanak sendiri melihat menjadi ahli politik ialah cara untuk menjadi mewah dan kaya. Tiada keperluan untuk belajar tinggi, hanya mendekati politikus “kuat”, menjadi pembantunya untuk beberapa tahun, menjadi pengutip wang atau pengawai peribadinya, sentiasa bersedia untuk diarah dan dipanggil, untuk mengatur perjalanan hariannya. Apabila ada tempat kosong, politikus itu akan mencalonkan orang kanannya, sebagai calon baru.
Ahli politik Malaysia nampaknya menggunakan duit pembayar cukai seperti duit sendiri. Mereka menggunakan kemudahan awam, seperti khemah dan kapal terbang, untuk tujuan peribadi mereka, seperti yang berlaku di majlis perkahwinan sesetengah ahli politik kanan.
Ahli politik sukar membezakan sempadan apa yang benar dan salah, apa hak rakyat dan apa yang mereka boleh gunakan. Lebih buruk, rakyat juga gagal membezakan perbezaan apakah yang boleh dilakukan ahli politik, dan apa yang tidak boleh dilakukan. Malah ada orang yang berkata, “Dia menteri besar, bukankah dia boleh melakukan sesuka hatinya?”
Jika semua orang berfikir seperti ini, akan sampai masanya apabila ahli politik mengandaikan, yang hak rakyat, ialah haknya juga. Kerana inilah tahap politik Malaysia sudah sampai ke tahap sebegitu hina.
Jadi, adakah saya akan menjadi ahli politik yang baik jika...
Jika saya memberikan kontrak besar kepada rakan-rakan terdekat saya.
Saya meletakkan saudara mara saya dalam perkhidmatan awam, tanpa perlu ditemuduga atau mengambil kira calon lain, yang mungkin “lebih” layak.
Saya menuntut upah kecil, atau sebahagian kecil keuntungan kontrak, kerana tanpa saya, kontrak itu tidak akan diberikan.
Saya menghantar duit ke tempat bebas cukai di luar negara.
Saya menggunakan kenderaan rasmi negara, termasuk pesawat persendirian, untuk tujuan peribadi.
Saya membahagikan dana, yang dikutip untuk tujuan tertentu, seperti tujuan kemanusian, untuk kegunaan saya.
Saya membina beberapa empangan, supaya nampak saya membangunkan negeri.
Saya membina banyak empangan, supaya saya boleh membekalkan bertan-tan simen dari syarikat saya sendiri.
Saya cuba untuk nampak istimewa, dan menggunakan Rolls-Royce emas sebagai kenderaan rasmi saya.
Saya menjimatkan duit rakyat, dengan meminta kroni saya membeli kereta import, seperti Hummer dan Lamborgini untuk anak-anak saya.  
Saya mengabaikan panggilan mahkamah, kerana saya merasakan, selaku ahli politik kanan, saya lebih tinggi daripada undang-undang.
Saya menderma wang yang banyak kepada universiti asing, dengan lagak membiayai projek tertentu, walaupun kedua-dua (universiti itu dan saya) mengetahui yang ini ialah “rasuah” supaya para akademik di universiti itu tidak mendedahkan kelakuan buruk saya.
Saya mencuri dari orang miskin, dengan menjual tanah simpanan orang Melayu.
Saya membayar harga kurang daripada harga pasaran, mengusir penduduk asal kawasan tersebut, dan mengumumkan pembangunan utama, yang merupakan kerjasama dengan pelabur asing, kemudian menjual tanah tersebut, dengan jutaan ringgit.
Saya memastikan wujudnya dasar kerajaan yang memaksa orang Malaysia untuk berurusan dengan syarikat tertentu apabila memohon pekerja asing.
Saya menubuhkan syarikat menggunakan nama isteri saya. Syarikat itu mengkhususkan dalam membawa masuk pekerja asing, dan saya mengenakan bayaran ribuaan ringgit untuk seorang pekerja.
Saya mengugut surat khabar, dengan mengancam untuk menarik lesen penerbitan mereka.
Saya menghantar samseng, untuk menakut-nakutkan komuniti tertentu, untuk mewujudkan ketakutan.
Saya membuang kotak undi dari kawasan pendalaman, ke dalam sungai, kemudian menggantikannya dengan kotak undi yang terisi dengan undian yang diubah.
Saya memberikan biasasiswa kepada anak-anak saya, berbanding memberikannya kepada orang miskin yang layak.
Saya sentiasa mengubah bahasa pengantar di  sekolah, daripada Inggeris kepada Melayu kepada Inggeris, dan sebaliknya, untuk mengelirukan anak-anak dan mengecewakan ibubapa mereka.
Saya membenarkan segerombolan  pasukan pengiring menghantar anak-anak saya ke sekolah, jika mereka lewat bangun atau sengaja mahu berlagak.
Saya mencetuskan rusuhan, dan menggunakan ketakutan itu, untuk membuatkan orang takut sesama sendiri, kerana saya mahu kejiranan penuh dengan syak wasangka dan ketidakpercayaan.
Saya menghalang perkembangan dan memencilkan komuniti, dengan menggunakan kaum dan agama, sebagai alat pemisah.
Saya menghantar anak-anak saya ke sekolah dan universiti luar negara, kerana saya memahami nilai pendidikan yang baik.
Saya bercakap Inggeris di rumah, tetapi menghalang rakyat daripada menggunakan Inggeris, dengan mengatakan ia tidak patriotik untuk menggunakan bahasa lain selain daripada Bahasa Malaysia.
Saya menjimatkan masa, dengan melawat kawasan perwakilan saya sekali dalam masa lima tahun.
Saya menggunakan kereta rasmi saya dan pasukan pengiring, kerana perkhidmatan awam terlalu sesak dan orang ramai berbau busuk ketiak bangla.
Saya mengelilingi diri saya dengan pengampu, kerana saya mahu kelihatan penting.
Saya berjudi dan minum di luar negara, dan bukannya di Genting.
Saya mempunyai perempuan muda simpanan, kerana saya terlalu menarik.
Mariam Mokhtar ialah “orang Malaysia yang berani bercakap benar”.

5 comments:

  1. Bukan semua politikus macam tu tetapi kalau politikus umno/bn memang YA. Ada juga politikus pembangkang yg mula beperangai serupa bila ada kuasa. Mereka ni sepatutnya dinyahkan dari dunia politik tanahair. Politikus bangsat.................

    Tak ada ijazah pun layak jadi PM ke? Sebab itu jahanam negara di kerjakan sehingga nak bangkrup.

    ReplyDelete
  2. Negara kita makin tak tentu hala. Kesian pd rayat Malaysia. Makin hari makin susah. Ada aset trpaksa jual..

    ReplyDelete
  3. Yang sebenarnya!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa