Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 22, 2015

Kesiaan..........dia masih enggan terima hakikat!

Kerana takut hilang pengaruh dan ahli..........dia tak dapat terima hakikat manusia yang mereka khianati dan mangsa egois mereka mendapat sambutan serta sokongan dari berbilang lapisan penyokong

Hari ini Naib Presiden yang buat kenyataan seakan merayu walau pun sebelum ini Timbalan Presiden juga membuat kenyataan yang bernada sama sedangkan Tuang Presiden pula memperlecehkan usaha kumpulan 'terbuang' ini dengan berlagak sebagai Pak Nujum.........

Bangang apakah akan ada dua atau tiga NGO di dalam sebuah parti?

Naib Presiden PAS ramal Harapan Baru jadi NGO
mk - 1:17PM - 21 Jul 2015
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad mendakwa kumpulan progresif dalam parti itu yang kini dilihat sebagai kumpulan Gerakan Harapan Baru tidak yakin mendapat sokongan rakyat sehingga terpaksa menangguhkan penubuhan parti baru beberapa kali.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Iskandar berkata, beliau juga tidak akan terkejut jika parti berkenaan ditangguhkan sekali lagi penubuhannya atau akhirnya hanya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Pada asalnya parti tersebut dijangka ditubuhkan pada pertengahan Ogos tetapi kemudian ditangguh kepada awal September. Terkini, ia akan ditubuhkan pada pertengahan bulan September.

"Saya percaya kumpulan tersebut yang sekarang ini menggelar diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB) sedang meninjau sokongan rakyat terhadap gerakan tersebut," katanya.

Kelihatan kabur

Iskandar yang juga Exco Selangor berkata, penubuhan parti itu akan ditangguhkan jika sokongan rakyat dilihat tidak memberangsangkan.

"Malah saya juga tidak terkejut jika penubuhan parti tersebut dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai NGO," katanya.

Iskandar yang memenangi jawatan naib presiden dalam muktamar yang menyaksikan hampir seluruh pemimpin progresif diketepikan berpendapat, jika GHB mahu menjadi parti, ia perlu dilakukan segera.

Ketika ini, katanya, kredibliti mereka sedang dipertikaikan apabila hala tuju mereka "kelihatan kabur".

Jika benar mahu membawa nilai tambah ke  dalam landskap politik negara, katanya, GHB perlu menarik keanggotaan daripada kalangan penyokong Umno atau BN, bukan ahli PAS.

"Sepatutnya matlamat utama mereka adalah menumbangkan Umno dan BN, bukan menghancurkan PAS.

"Perkara yang hendak diperjuangkan mereka seperti inklusif dan mendekati masyarakat bukan Islam telah lama ada di dalam PAS.

"Masanya untuk memperkukuhkan PAS kerana sudah tentu Umno akan bersorak jika berlaku perpecahan di dalam parti ini," katanya. 

5 comments:

  1. Lantaklah GHB nak jadi apa pun apa lu susah. Lu tiap2 bulan angkat elaun Kerajaan PR takalu ke.

    ReplyDelete
  2. Patutnya geng Ustaz ni bergumbira bila geng prosresif nak tubuh parti baru sebab mereka dah berambus dari PAS, mereka kan parasit dan entah apa2 lagi gelaran yang diberikan kepada mereka. Aku yang diluar ni panas telinga mendengarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita org gembira pun Geng Haru Biru nak keluar parti.. kita berlakon je merayu tu spy korang rasa megah dan besar kepala lalu mempercepatkan tindakan keluar parti.. tapi masalahnya kitaorg kesian jgk kat korang kerana korang BERANI ke nak KELUAR PARTI?

      Delete
  3. Semuga kumpulan GHZb menjadi sebuah parti yg disegani yg in syaa Allah berjaya menumbgkan BN nanti...

    ReplyDelete
  4. Semuga kumpulan GHB menjadi sebuah parti yg disegani yg in syaa Allah dan berjaya menumbgkan BN nanti...Allahuakbar...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa