Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 17, 2016

Ada Mahathir kisah?

Tun M terlucut jawatan dalam MUBARAK

 | March 17, 2016
Dr Mahathir secara jelas telah lari dari matlamat dan objektif penubuhan MUBARAK.
Aziz Abdul Rahman, mahathirKUALA LUMPUR: Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO menyebabkan dirinya tergugur secara automatik sebagai penaung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK).
Malah tindakannya yang menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat turut menjadi penyebab jawatannya dalam NGO berkenaan terlucut.
Presiden MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman yang menegaskan perkara itu berkata, Dr Mahathir secara jelas telah lari dari matlamat dan objektif penubuhan MUBARAK.
“Kita semua ahli Barisan Nasional (BN), objektif kita pun hendak menyokong dan menguatkan BN.
“Tetapi, apabila Tun terkeluar kali kedua dari UMNO, bertemu pula dengan parti lawan yang menentang BN jadi kita buat keputusan untuk mengucapkan terima kasih,” ujarnya dalam sidang media di Hotel WP, hari ini.
Menurut Abdul Aziz, pihaknya akan menghantar surat kepada Dr Mahathir bagi memberitahu mengenai status dirinya di dalam MUBARAK ketika ini.
“Kita tidak pecat dia, tetapi mengucapkan terima kasih. Kita juga ada tatacara Melayu kita. Kita akan tulis surat kepada dia (Dr Mahathir) atas khidmat dia,” ujarnya lagi.
Dr Mahathir dilantik oleh MUBARAK pada 2005 sebagai penaung pertubuhan itu.

3 comments:

  1. Teringat sebelum pru13 dulu. MUBARAK keluarkan kenyataan..persatuan dia ada menghantar beberapa nama pd najib utk jadi calun..masa nak ketawa pun ada.. menyampah pun ada..patut kalau dah di namakan bekas faham2 je lah.. ingat lagi kata2 mahfuz..dah tua2 gigit mi pun tak putus .. ada hati lagi..

    ReplyDelete
  2. Mub.rak apa lah endahnya
    jawatan PM sendiri TUNM Sendiri dia ''lucutkan''

    ada org tu tak mau berhenti.......aku malu
    sudah lah namanya PUN BEKAS

    ReplyDelete
  3. tatacara melayu omno lombu duk kondo

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa