AJAIBNYA NEGARA KU INI
Luahan hati Sabtu 5.3.2016
Ajaibnya negara ku ini,
Segala2 nya ada,
Tetapi tetap tak sekaya mana,
Petrol, emas, getah, kelapa sawit di mana-mana,
Namun hidup rakyat tetap merana.
Ajaibnya negara ku ini,
Kasino megah di puncak bukit,
Kilang arak besar di tepi lebuhraya,
Pelacur laris di ibu kota,
Rasuah dan salah guna kuasa berleluasa,
Malaysia masih negara Islam model,
Katanya patut dicontohi umat sedunia.
Ajaibnya negara ku ini,
Sedang ramai diberhentikan kerja,
Rakyat diminta berjimat-cermat,
Belanjawan dipotong supaya hemat,
Ditambah pula gaji menteri dan yang berhormat.
Ajaibnya negara ku ini,
Politik sentiasa agenda utama,
Sedang ekonomi menyesakkan semua,
Orang politik sibuk merebut kuasa,
Yang sedang memimpin diturunkan segera,
Pagi bermusuh petang bersaudara,
Senja bersama malam berseteru pula.
Ajaibnya negara ku ini,
Jerawat artis di muka depan akhbar,
Artis berkahwin siaran langsung di tv,
Artis putus tunang berebut liputan media,
Inovasi teknologi di universiti tiada yang peduli.
Ajaibnya negara ku ini,
Dalam dunia ini ada tujuh keajaiban,
Negara ku kini menjadi yang kelapan...
Prof. Hamza al-Qola'ie
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa