Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 8, 2016

Agaknya apakah persepsi kita warga Malaysia?

IS pernah rancang culik Najib, Zahid, Hishammuddin

 | March 8, 2016
Mereka juga pernah merancang untuk menguji bahan letupan buatan sendiri di Alor Setar, bahkan serangan itu menyasarkan beberapa lokasi seperti masjid Syiah dan tokong.
zahid-ISISKUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada cubaan oleh kumpulan pengganas militan (IS) yang mahu menculik Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan juga dirinya.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, IS juga pernah merancang untuk menguji bahan letupan buatan sendiri di Alor Setar. Bahkan, serangan itu menyasarkan beberapa lokasi seperti masjid Syiah dan tokong.
“Saya nak maklumkan dewan tentang empat plot rancangan serangan di Malaysia yang sudah dikesan dan dipatahkan sebagai tanda keberkesanan perundangan.
“September 2014, IS merancang hendak menguji bahan letupan buatan sendiri di Alor Setar. Serangan disasarkan beberapa lokasi antaranya Masjid Syiah dan Tokong Cina.
“30 Januari tahun lalu, juga terdapat rancangan untuk menculik pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga Menteri Pertahanan,” katanya di dalam Dewan Rakyat, hari ini.
Malah, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa IS juga pernah merancang untuk meletupkan Putrajaya.
“April 2015, antara 11 elemen IS adalah merancang untuk musnahkan beberapa pusat hiburan. Mereka turut merancang untuk meletupkan Putrajaya,” tegasnya.
Sementara itu, Zahid juga secara terbuka menghulurkan salam silaturrahim kepada mana-mana parti politik dan juga badan bukan kerajaan untuk membantu Kerajaan Persekutuan menangani IS dan bukannya mengharapkan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) semata-mata.
“Kami galakkan parti politik termasuk PAS. Kerajaan alu-alukan semua pihak agar negara kita bebas dari unsur DAESH, maka kami hulurkan tangan silaturrahim untuk buka peluang pada semua,” jelasnya.

9 comments:

  1. Kah5...komidi2
    memg cerita komidi

    ReplyDelete
  2. Adoi.....ini kah TPM? Patut pun hadi fening falafa! Din tu ayam ka? Atau ayam tu din.....ana gibab.

    ReplyDelete
  3. Harap harap jadi kenyataan 3 orang tu kena culik, selamat Malaysia, Kalau Mama kena culik sekali lagi bagus

    ReplyDelete
  4. Tak payah nak buat fitnah wahai jahit oiii.

    ReplyDelete
  5. Seronok baca cerita komidi pagi ni...kahkahkah...

    ReplyDelete
  6. Kalau satu cabinet kena tangkap macamana ye?

    ReplyDelete


  7. Temberang sana
    temberang sini
    lahad datu dah buat auta
    bangla2 berjuta kau bawak mari

    ReplyDelete
  8. Kalsu najib diambil ISIS bagus jugak , kurang beban rakyat..

    ReplyDelete
  9. Islam sendiri perangi islam ni, ....luncai terjun dengan labunya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa