Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 3, 2016

Betul atau karut: Serpihan MH370 ditemui di Mozambique pula?

Serpihan pesawat dipercayai MH370 ditemui di Mozambique

 | March 2, 2016
Penyiasat meneliti gambar foto analisis serpihan dan yakin pesawat yang hilang sejak dua tahun lalu boleh ditemui.
mh370
PETALING JAYA: Satu objek dipercayai serpihan pesawat Boeing 777 ditemui di pesisiran pantai Mozambique di Afrika Timur, hari ini.
Laporan NBC News hari ini menyebut, pasukan penyiasat sedang meneliti serpihan pesawat itu dan gambar analisis foto awal menunjukkan seolah-olah objek itu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kira-kira dua tahun lalu.
Objek berkenaan tertulis perkataan ‘NO STEP’ dipercayai adalah sebahagian daripada sayap pada belakang badan pesawat buatan Boeing.
Serpihan pesawat itu dilaporkan ditemui di kawasan tebing berpantai di Selat Mozambique. Ia ditemui seorang warga Amerika Syarikat di negara itu.
Penyiasat dari Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat sudah meneliti gambar foto analisis itu dan berpandangan, peluang untuk menemui MH370 kini adalah cerah.
Penyiasat daripada syarikat Boeing juga meneliti gambar foto analisis terbabit, namun menurut sumber, syarikat terbabit enggan memberi sebarang ulasan.
Sementara itu, CNN melaporkan bahawa serpihan yang ditemui di negara terbabit akan dibawa ke Malaysia untuk diteliti.
September tahun lalu, penyiasat Perancis mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Kepulauan Reunion, berdekatan Madagascar pada Julai 2015 adalah milik MH370.

3 comments:

  1. tak lama lagi jumpa kat konggostan

    ReplyDelete
  2. dalam banyak pelampung-pelampung keselamatan, bagasi-bagasi yang sebahgiannya boleh timbul, mayat-mayat, satupun tak timbul atau terdampar dimana mana pantai. Takkan tidak ada yang selamat semasa kapalterbang terhempas, tentu mereka pakai pelampung. Dua tahun dah - persoalannya adakah kapalterbang itu terhempas dilaut atau dibawa lari dan disembunyikan? Percuma Australia dapat duit berjuta-juta kononnya mencari. Untung Australai kerana mereka mengaut banyak maklumat dasar laut dari duit Malaysia. Itu yang saya Nampak.

    ReplyDelete
  3. tak mustahil , sebab arus lautan boleh bawa benda tu kemana2, sedangkan bangkai kapal kargo pun boleh hanyaut apatah lagi cuma serpihan ...

    cubalah untuk berfikir dengan positif ,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa