Thursday, March 17, 2016

Blok ketiga: Apakah tujuan tersirat PAS sebenarnya?

Blok ketiga Pas 'bunuh' harapan sistem dwiparti negara
Blok ketiga Pas 'bunuh' harapan sistem dwiparti negara
Blok ketiga Pas 'bunuh' harapan sistem dwiparti negara - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengumuman Pas baru-baru ini untuk membentuk blok atau ikatan baharu pembangkang yang ketiga di negara ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 mencetuskan  perbincangan dan pelbagai andaian di kalangan rakyat.

Ia sekali gus menunjukkan simbol sudah tiba masanya parti-parti politik untuk bersedia dengan strategi masing-masing untuk menghadapi PRU ke-14.

Pengumuman Pas itu jelas mengecewakan penganalisis politik dalam dan luar negeri yang meramalkan malah mengandaikan Malaysia sedang menuju ke arah sistem politik dua parti.

Kelahiran sistem dua parti juga tidak akan menjadi kenyataan di negara ini malahan hanya menjadi khayalan serta mimpi yang tidak pasti.

Jelas sejak dahulu parti yang ditubuhkan di negara ini bertujuan untuk membela kepentingan masing-masing kaum dan sistem parti bersandarkan kaum masing-masing selain ia didapati masih relevan sehingga kini.

Pas yang ditubuhkan pada tahun 1951 berpaksikan kepada perjuangan agama Islam pernah bertanding di dalam pilihan raya secara bersendirian malah pernah bekerjasama dengan parti politik lain dalam menghadapi pilihan raya.

Pas pernah bekerjasama dengan lain-lain parti politik pada tahun 1999 yang dirujuk sebagai 'Barisan Alternatif' seterusnya menyertai 'Pakatan Pembangkang @ Rakyat pada tahun 2008.

Namun, kerjasama dengan lain-lain parti khususnya dengan DAP didapati tidak kekal kerana perbezaan ketara yang wujud dalam ideologi politik di antara mereka.

Kerjasama politik dengan DAP di bawah konsep 'tahaluf siyasi' yang terbentuk pada tahun 2008 terputus pada tahun 2015  apabila DAP menentang keras usaha Pas untuk melaksanakan syariat Islam.

DAP bukan sahaja menentang Pas untuk melaksanakan hukum Islam malah menyingkir parti itu daripada Pakatan Pembangkang yang turut disertai oleh PKR, sebuah parti politik yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Melayu.

Pas yang lebih mengutamakan perjuangan agama Islam didapati keluar daripada perangkap DAP agar lebih bebas untuk melaksanakan tanggungjawab, amanah dan harapan ahli-ahli mereka dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.

Pengumuman Pas yang mahu membentuk blok ketiga  membuka peluang kepada rakyat Malaysia menyaksikan parti-parti politik bergabung dalam tiga blok bertembung pada pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia.

Rakyat akan menyaksikan tiga gabungan iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan dan satu lagi yang bakal ditubuhkan bertembung dalam PRU ke-14 kelak.

Persoalanya apakah parti Pas yang berteraskan agama Islam dapat meraih sokongan daripada sebahagian besar pengundi Melayu dan bukan Melayu pada pilihan raya akan datang?

Apakah Pas mampu mempengaruhi pengundi atas kekuatan imej parti itu sendiri tanpa disertai tokoh dan pemimpin yang berkaliber, disegani dan berpengaruh?

Secara umumnya, pakatan antara parti-parti pembangkang secara amnya dan Pas secara khususnya didapati diterima oleh rakyat kerana bersandarkan kepada bimbingan dan kekuatan seorang tokoh politik yang berpengaruh .

Pas pernah bekerjasama dengan parti serpihan UMNO, Semangat 46 yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengkukuhkan perpaduan Melayu dibawah konsep ‘Angkatan Perpaduan Ummah’ pada tahun 1990.

Pas juga  menyertai Barisan Alternnatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 apabila Parti KeAdilan ditubuhkan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pas juga didapati menyertai Pakatan Pembangkang yang umumnya dirujuk sebagai 'Pakatan Rakyat' pada tahun 2008.

Dalam pada itu, pakatan antara parti-parti pembangkang umumnya dilihat bersandarkan kepada ketokohan dan kebimbingan tokoh-tokoh politik yang disegani rakyat. Tanpa kepimpinan tokoh-tokoh tersebut, kerjasama  antara parti-parti pembangkang akan terputus, berkecai malah hancur sama sekali.

Ketiadaan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebabkan kemerosotan sokongan orang Melayu dan bukan Melayu kepada PAS.

Ketiadaan Anwar juga didapati memberi impak yang signifikan kepada kekuatan bukan sahaja PKR malah 
kepada Pakatan Pembangkang di kalangan rakyat terutamanya sokongan kaum India kepada PKR sekali gus tempiasnya terkena kepada Pas.

Menurut catatan keputusan PRU, Pas yang bertanding dalam PRU sejak yang pertama dan sebelum Merdeka pada tahun 1955 didapati mengalami pelbagai perubahan dan cabaran.

Kejayaan paling cemerlang yang dicapai Pas adalah pada PRU ke-10. Sokongan untuk Pas meningkat di kalangan pengundi Melayu kerana orang Melayu pada masa itu menolak UMNO.

Semuanya gara-gara Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Anwar Ibrahim disingkir di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerjasama Pas bersama parti pembangkang lain membantu parti itu untuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada tujuh kepada 27 kerusi dan jumlah kerusi DUN daripada 33 kepada 98 kerusi.

Ia juga kenangan manis kepada Pas apabila berjaya membentuk kerajaan di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Sesungguhnya, fokus utama Pas adalah pengundi Melayu. Pengundi Melayu didapati berselerak dalam majoriti 165 kawasan Parlimen. Dalam jumlah itu pula, 46 kawasan Parlimen didapati mempunyai komposisi pengundi Melayu 80 peratus. Manakala, 42 kawasan Parlimen lagi mempunyai pengundi Melayu di antara 60 sehingga 79 peratus.
Secara umumnya, UMNO meletakkan calonnya di kawasan Parlimen yang terdiri daripada majoriti pengundi Melayu untuk menang dengan mudah. Sebagai contoh BN meletakkan calonnya di 117 kawasan Parlimen pada PRU ke-12, semasa negara dikatakan dilanda tsunami politik dan BN hilang majoriti dua pertiga, UMNO didapati menang 78 kerusi.

Kemenangan ini jelas menunjukkan UMNO masih diterima dan disokong oleh majoriti pengundi Melayu.

Pada hemat saya, walaupun rakyat memberi sokongan luar biasa kepada gabungan kerjasama antara parti-parti pembangkang dalam PRU ke-12 dan 13 dengan harapan melahirkan sistem politik baru menuju ke arah kemantapan sistem dwiparti seperti di negara-negara maju, pemimpin-pemimpin pembangkang lebih ghairah menjalin kerjasama di antara mereka sebagai satu langkah mencatur politik untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya.

Misi mereka mudah, untuk memenuhi kerakusan kuasa politik dan bukan untuk membela kepentingan rakyat.

Janji-janji politik juga tidak ditunaikan. Contohnya, Buku Jingga yang diperkenalkan oleh Pakatan Pembangkang kononya untuk membela kebajikan rakyat ditinggalkan begitu sahaja selepas mencapai kemenangan dalam pilihan raya!

Apakah blok ketiga yang bakal dibentuk Pas akan menghadapi nasib yang sama seperti gabungan politik 
pembangkang di masa-masa lalu atau membantu parti itu untuk terus kekal dan terus berjuang mencapai matlamat asalnya ditubuhkan?

Persoalannya, sekiranya Pas sanggup menyertai 'Angkatan Perpaduan Ummah' bersama parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46 dahulu, apa salahnya Pas kini untuk menghulurkan tangan dan bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti yang membela kepentingan kaum Melayu.

Ia bukan sahaja membantu menjamin tunjang kekuatan politik Melayu di negara ini tidak tergugat malahan menjamin atau usaha melihat kedaulatan agama dan istitusi-institusi agama Islam di negara ini terjamin.

M.Periasamy merupakan penganalisis politik MIC dan pensyarah komunikasi strategik di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR)

Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

3 comments:

  1. Cakap lar gang DaPigs kecewa PAS tak join UMNgOk!Habis lar fitnah DAP pasal UG jadi basi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PASIK. ada kami kesah

      Delete
  2. PASpiggy, piggy maknanya walaun,
    PASpiggy sesuai betul gelar menggelar ni Pak Lebai dah bacakan dari kitab, walaun menggelarkan orang dapat pahala

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa