Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 13, 2016

Deklarasi Rakyat: Luahan hati penyokong reformasi

Aedi Asri  | March 13, 2016
Pembangkang tidak memerlukan Dr Mahathir dan tokoh-tokoh UMNO lain termasuk Muhyiddin Yassin untuk melawan Najib Razak.
nassita,tolak
KUALA LUMPUR: Program ‘Tolak Gabungan Selamatkan UMNO, Bersama Rakyat Jatuhkan Rejim’ semalam menjadi pentas penyokong Pakatan Harapan dan aktivis reformasi meluahkan bantahan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’.
Bagi barisan aktivis ini, pemimpin parti pembangkang terutamanya telah ‘mengkhianati perjuangan’ kerana menjalinkan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurut mereka sudah sekian lama menekan pembangkang dan aktivis sepanjang mentadbir negara.
“Saya melihat kezaliman Dr Mahathir terhadap kawan-kawan saya, jadi bila nampak pimpinan Pakatan Harapan yang sudah rapat dengan kita semua pergi bergambar dengan Dr Mahathir sambil tersenyum, itu amat menyakitkan hati saya,” kata Nashita Md Noor.
Nashita dan suaminya, Bad Latif Mansor adalah ‘muka lama’ dalam siri demonstrasi di negara ini. Malah Bad Latif adalah salah seorang yang dihukum penjara selepas didapati bersalah menyertai bantahan pertukaran kerajaan negeri Perak pada 2009.
Setiausaha Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata pembangkang tidak memerlukan Dr. Mahathir dan tokoh-tokoh UMNO lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melawan Datuk Seri Najib Razak.
“Najib sudah lemah dan akan berkubur dengan sendiri, kita tidak perlu bersekongkol dengan mereka (Mahathir dan pemimpin UMNO lain). Dr Mahathir tidak akan datang kepada kita jika anaknya masih Menteri Besar. Muhyiddin juga tidak akan tandatangan deklarasi jika dia masih Timbalan Perdana Menteri,” kata ahli DAP itu lagi.
Sentimen sama dibawa oleh aktivis-aktivis lain, yang kebanyakannya mencurigai niat sebenar Dr Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.
Sedikit berbeza dengan yang lain, peguam dan aktivis Haris Ibrahim menegur ucapan-ucapan mereka yang disifatkannya terlalu berlandaskan emosi.
“Kalau boleh, kita ketepikan emosi dan jadi strategik. Inisiatif ini wujud sebab rakyat takut dan tidak bangkit,” katanya.
Namun beliau tetap menegaskan pendiriannya menolak Deklarasi Rakyat kerana merasakan Dr Mahathir tidak pernah menyesali kesilapannya, justeru tidak komited untuk membawa perubahan.
“Hanya rakyat yang boleh selamatkan negara. Orang politik inginkan kuasa, rakyat inginkan perubahan. Inilah perbezaan antara kedua-dua ini. Dan mereka (penguasa) tidak akan memberikan perubahan, kecuali rakyat yang menjadi kuasa pencetusnya (driving force),” katanya lagi.

1 comment:

  1. Selama nie xberjaya pun...musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Bergalang menyusun MASSA

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa