Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 13, 2016

Apa beza Najib ketepi Mukhriz dengan Mahathir cuba singkir PM?

MALAYSIAKINI (BM VERSION)·SUNDAY, MARCH 13, 2016

Apakah perbezaan cubaan mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur melalui Deklarasi Rakyat dengan tindakan perdana menteri itu menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan menteri besar Kedah?

Persoalan itu diajukan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas pemecatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.

Malah, menurut bekas naib presiden PAS itu pelucutan jawatan Dr Mahathir tersebut tidak mengejutkan kerana ia jelas menunjukkan pemikiran "otak selut" pemimpin Umno dan BN.

Awal Febuari lalu, Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar selepas dua minggu pergolakan politik melanda Kedah dan dikatakan hilang sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dua hari lalu pula kerajaan mengumumkan penamatan perkhidmatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana kedudukan beliau tidak lagi menyokong kerajaan.

Mahfuz yang juga bekas ketua penerangan PAS hairan bagaimana  ketetapan Deklarasi Rakyat - yang mahu menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri menerusi saluran damai dan mengikut undang-undang - dianggap bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.

Soal Mahfuz, cubaan kumpulan Dr Mahathir boleh dianggap mengambil pendekatan modus operandi sama digunakan Najib menyingkirkan Mukhriz sebelum ini.

“Apakah peristiwa penyingkiran Mukhriz sebagai MB Kedah dengan akuan bersumpah yang dipaksa ke atas ADUN Umno-BN mengikut saluran undang-undang?

"Keputusan kabinet melucutkan (jawatan) Tun M (daripada Petronas) dengan alasan tersebut menunjukan pemikiran otak selut pemimpin Umno-BN,” kata Mahfuz dalam kenyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa