Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 2, 2016

Hah betapa POYOnya PAS!

KALAU BUKAN KERANA PAS, TUN M TAKKAN KELUAR UMNO

Sekarang anda boleh lihat bagaimana berkocaknya Umno sekarang. Dalam tempoh beberapa bulan terakhir ini, begitu banyak perkara buruk dalam Umno berlaku. Muhyidin dan Shafie Apdal dipecat, Mukhriz ditukar, protes bendera BN terbalik di kebanyakan negeri, Sultan Johor dan Perak bersuara, Timbalan Presiden digantung dan paling menggegarkan adalah Tun M keluar Umno.

Saya yakin gelora dalaman Umno akan terus berlaku selagimana Najib masih berada di tempatnya itu. Bukankah ini merupakan keuntungan buat musuh politik Umno? Untuk melihat runtuhnya parti yang sekian lama menzalimi rakyat dan kebal dengan undang-undang yang mereka kawal.

Semua pihak perlu mengakui inilah sebab PAS tidak bersetuju Najib ditukar.  Kalau bukan kerana pendirian PAS ini, tentu kita tidak dapat melihat Tun M keluar Umno. Tentu kita tak sempat lihat kepimpinan Kedah berkrisis. Yang mungkin kita lihat hari ini adalah si telatah Zahid Hamidi sebagai PM dengan anak perempuan propanya bersama 1.5 juta Banglanya.

Politik memerlukan kebijaksanaan, bukan sekadar gelojoh setiapkali melihat peluang. PAS sudah membuktikan pendekatan yang diambil pasca muktamar lalu mendatangkan hasil satu persatu. Inilah penting akal dihadapan emosi. Pengalaman PAS sebagai sebagai parti paling lama melawan Umno membuatkan PAS paling kenal perangai Umno berbanding pembangkang lain.

Sejak dahulu, sudah berapa banyak PAS dicemuh oleh si akal pendek yang tidak dapat maramal jauh masadepan politik. Bermula dengan fitnah UG, 16 September, Langkah Kejang, MB Selangor, Blackout, dan begitulah seterusnya. Namun bila terbukti siapa benar siapa silap, mereka masih sombong tidak mahu mengalah. Walaupun bos-bos mereka akhirnya menyatakan pendapat serupa dengan Presiden PAS, mereka buat-buat buta dan tetap tidak mahu mengaku lembab.

Hari ini cerita anti tidak anti pula. Biarkan sahajalah. Tidak perlu melayan sebarang cemuhan dan kritikan tersebut. Lambat laun mereka akan faham sendiri apa yang kita lakukan. Takdir tuhan jadikan mereka lebih laju tindakan dari akalan. Doakan sajalah mereka beroleh kebenaran sebelum nyawa melayang.

Dalam mereka menyerang, mereka sebenarnya bimbang. Tanpa penglibatan PAS,  pasti sukar menarik penyertaan. Biarlah yang keluar Umno itu tahap mahaguru sekalipun, orang Umno tidak peduli semua itu. Mereka mudah diikat dengan jawatan dan habuan. Siapa ada kuasa dan ringgit, merekalah yang akan diturutkan.

Harapan mereka hanya kepada ahli PAS, yang berjumlah lebih 1 juta dan terus bertambah. Kerana itu mereka cuba burukkan Presiden PAS sehabis boleh. Kononnya beliau tidak waras tidak boleh diharap. Sampaikan kenyataan yang ringkas ditafsir berjilid-jilid. Semua senjata dihalakan pada dia seorang. Damba mereka, moga-moga ada ahli PAS yang hilang kepercayaan lalu terus bersama mereka dalam himpunan yang dirancang.

Namun itu semua bagaikan mustahil. Yang bermasalah sebegitu sudahpun tuhan singkirkan awal. Mereka sendiri pilih untuk keluar tanpa dipecat atau dihambat. Yang masih tinggal insyaAllah istiqamah, taat dan wala terhadap jemaah.

Maka usahlah bimbang, selagi kita berdiri teguh dibelakang aspirasi pimpinan, langkah kita semakin maju dan laju kehadapan. Ayuh, selamatkan Malaysia dengan prinsip kita berjemaah.

(Alang Ibn Shukrimun)

Lagi berkaitan kalau bodoh lebih baik diam: Ketua Penerangan PAS Kena Belasah Kaw-Kaw Dengan Netizen

7 comments:

  1. Alang Shukrimun, anak saudara HH...tukang putarbelit HH.

    Mamat ni banyak menambah benda yg xde dalam realiti mengenai kekuatan PAS. Apakah cakap merapu HH menyokong Najib dgn alasan-alasan xlogik begitu hebat sehingga Mahathir panas punggung berada dalam UMNO sehingga terpaksa kekuar UMNO? Masuk ajal kah?...itu yang Alang Shukrimun, anak saudara HH mahu kita percaya....

    Bat8

    ReplyDelete
  2. cakap saja tindakan tak menampakkan bijak
    benci amno tapi sayang orang amno
    bila amno nak runtuh kalau macam ni
    apakono la pas lani

    ReplyDelete
  3. Ahli sejuta tengkorak mu... setengah ahli tak tahupun dia ahli PAS. Malah apa bila satu2 Yang Dipertua Kawasan ditumbangkan... kecenderungan yang berlaku adalah orang-orang YDP lama takkan bekerjasama dgn YDP baru malah ada yang terus meminggir diri.

    So jangan sembanglah ahli sejuta? Bila sejutanya? Sebelum PAS berpecahkankan... dah terbarai... tinggal sikit sajalah.

    ReplyDelete
  4. Orang pas masih tak sedar diri ingat dah cukup kuat..kedah jatuh,terengganu jatuh,kelantan pun akan hilang bila TGNA tiada..pemilihan guna cai untuk buang G18 kata tak dihalau keluar..Poorah.kekuatan pas terletak kpd TGNA..sedarlah pemimpin pas yg takbur dan riak..

    ReplyDelete
  5. Alang Shukrimun duk syok sendiri. Dia fikir yg mr presideng dia tu hebat sangat ke? Cakap merapu!
    Bila ajak hadir mesyuarat, cakap ikut suka dia je: "Ikut suks ana la nk hadir ke tidak, ana bukan budok sekoloh lagi"

    Hal sebenar yg liat nk hadir mesyuarat ialah: mr presideng tk pandai berhujjah!

    Berkuliah dan berceramah petah la dia krn takder yang bertanya dan soal jawab. Bila ada soal jawab, mampus lah dia nak berhujjah krn dia tk cukup pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan kalau kuliah di masjid di mana Hadi mengajar. APAKAH HUKUMNYA MELIHAT PORN PAY PER VIEW? KALAU HARAM? KENAPA DI JERMAN BOLEH?

      Delete
    2. Hukum pay per view HARAM di Rusila Marang tp kat Jeremang dok aper mung. Kalu nok lebih afdol lagi mung hok tengok tapi jangang ngaku pah tu mung lok oghang laing bayor. Baghu kire kkelah

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa