Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 1, 2016

Harunya PAS: Yang berbelit serban kata lain, Mahfuz kata lain?

Kenyataan Media

HIMPUNAN 27 MAC 2016 "SELAMATKAN MALAYSIA" MINTA NAJIB UNDUR BUKAN ANTI NAJIB TAPI SAYANGKAN RAKYAT DAN NEGARA.

1. Pengunduran Najib daripada jawatan PM adalah satu tuntutan dan keperluan kepada negara kini. Masalah negara dan rakyat tiada penyelesaian. Kerosakan negara kian membengkak, derita hidup rakyat makin terhimpit. Semua ini adalah berpunca daripada kegagalan pengurusan negara dan salahguna kuasa di bawah kepimpinan Najib. Negara dan rakyat memerlukan pembaikan dan pembelaan segera.

2. Najib tidak boleh diharap lagi untuk melakukan pembaikan kepada kerosakan dan pembelaan kepada penderitaan. Krisis negara yang berlarutan hingga kini sudah cukup menyeksakan kehidupan rakyat. Apa yang dilakukan Najib hanyalah memperkukuhkan cengkaman kuasa politiknya dengan pencabulan terhadap undang-undang dengan melakukan pindaan atau memperkenal undang-undang baru yang zalim. Salahguna dan kerakusan kuasa dilakukan dengan mencengkam institusi-institusi perundangan dan penguatkuasaan untuk melindungi kesalahan jenayah yang dilakukannya.

NAJIB MENGHIDUPKAN UMNO.

3. Langkah  penyingkiran Muhyidin, Shafie Afdzal dan Mukhriz  adalah atas perkiraan menyelamatkan Umno bukan menyelamatkan negara dan rakyat. Najib terus MEMPERKUKUH dan MENGHIDUPKAN UMNO untuk cengkaman kuasanya memerintah Malaysia. Memerintah negara mengikut telunjuknya bukan mengikut landasan keadilan, kehendak dan keperluan hidup rakyat. Tindakan dan tingkah lakunya ibarat memusuhi rakyat dan bukan lagi melambang kecintaannya kepada negara.

4. Perhimpunan 27 Mac 2016 ialah perhimpunan kesatuan hati rakyat Malaysia yang akan diwakili oleh pelbagai peringkat dan kumpulan masyarakat yang mahukan perubahan demi masa depan Malaysia, dengan permulaannya pengunduran Najib daripada jawatan PM sebagai sebahagian agenda reformasi  besar negara. Pengunduran Najib tidak boleh ditangguh kerana akibatnya negara akan terus mengalami kerosakan dan rakyat akan terus dihimpit penderitaan. Reformasi Institusi (Institutional Reform) perlu disegerakan bagi menyelamatkan Malaysia.

5. Saya Insyaallah akan hadir pada Perhimpunan 27 Mac ini atas keinsafan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Bukan kerana anti terhadap batang tubuh Najib dan ahli Umno, tetapi kerana kasih, sayang dan CINTAKAN MALAYSIA DAN RAKYAT termasuk ahli-ahli Umno. Ini menuntut saya bersama dalam kesatuan hati rakyat Malaysia termasuk sebahagian ahli Umno untuk sertai Kempen Gerakan "SELAMATKAN MALAYSIA DAN RAKYAT" yang merupakan sebahagian daripada tuntutan perjuangan Islam yang saya terus Istiqamah perjuangkan daripada dulu hingga kini dan Insyaallah selamanya. Najib perlu berundur.

#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
1 Mac 2016/21 Jamadilawal 1437H

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa