01 Mac 2016 | BORHAN AHMAD
Pesanan twitter Zaid Ibrahim berhubung Abdul Hadi
"Dia memang tiada dalam senarai (He was never on the list)," kata Zaid dalam twitter 28 Februari lalu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu jelas tidak terganggu dengan keengganan Abdul Hadi untuk menyertai perhimpunan itu kerana beliau memang tidak dijemput.
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan.
“Saya anti Umno tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Hadi berkata demikian selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, baru-baru ini.
Sebelum ini Zaid menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak perdana menteri berundur.
Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukanlah satu bentuk bantahan awam tetapi 'acara tertutup' dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.
“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.
“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini.
Abe..
ReplyDeleteJahat sungguh zaid neh..
Kih kih kih kih...
la...macam pantun lama je
ReplyDeletepinggan tak retak
nasi tak dingin...
hadi tak nak
kita orang lagi tak ingin..
org tak jemput pun.dia sebuk pulak tak nak..
donia donia
p la kawan ngan umbno tu...
tak pe nya..pas berpoitik bukan nk kuasa..saja nak suka suka.
umbno terlungkup sekali ngan hangpa la nanti