Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 12, 2016

Inilah sebabnya ramai yang bilang politik tu kotor!

Saturday, 12 March 2016
MENGATA DULANG, PAKU SERPIH...
Bukan saja menandatangani deklarasi bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dijaja ke seluruh negara kerana dianggap sebagai suatu kesalahan, malah berjalan beriringin atau duduk semeja dengan mereka pun cuba dijadikan seolah-olah dosa yang tidak boleh diampunkan.

Apa salahnya Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain berjalan beriringin atau duduk semeja dengan Lim Kit Siang atau rakan-rakannya, lebih-lebih lagi jika matlamatnya untuk menyelamatkan negara?

Bukankah pemimpin-pemimpin pembangkang juga rakyat negara kita sah hak-haknya?

Lagi pun,  bukankah mereka berbaik untuk "menangkap perompak dan penyamun" yang membahayakan kita semua dan bukannya untuk saling bekerjasama menjadi perompak dan penyamun harta-harta negara?

Kalau ada, apa pula kerosakan yang sudah pemimpin-pemimpin pembangkang timbulkan dan harta negara yang mana mereka sudah jual atau gadaikan?

Kenapa hanya bila Tun Mahathir atau Muhyiddin Yassin saja dilihat salah bila berbaik dengan pemimpin pembangkang, sedangkan ada orang lain siap berpeluk,berselfie dan bermesra-mesraan lagi?
  
Siapa yang fobia dan berpura-pura dengan nama Lim Kit Siang sebenarnya?

Selain itu, bak kata Sanusi Junid, bukan Lim Kit Siang dan rakan-rakannya yang patut ditakuti kerana Jho Low serta rangkaiannya jauh lagi lebih merbahayanya.

Ehhh...kawan rapat siapa Jho Low tu? (SH 12/03/2016). - sumber

1 comment:

  1. jangan biarkan omno terus memboddokan lagi ramai orang cukuplah yang telah ramai berjaya diboddokan
    selama ini
    ada ulamak pun dah haprak sokong puak haprak
    tubuh pakatan baru konon nampak sangat boddo atau
    jadi pengkhianat untuk bagi omno terus berkuasa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa