Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 3, 2016

Kah...kah....kah......auta keling atau belit bangla?

Rakyat dah tahu.........toksahlah buat lawak bodoh
Kalau kita tak cerdik jangan cuba bodohkan orang!

'Hudud bukan gagal, cuma belum berjaya'
SITI FATIHAH AWANG - 3 MAC 2016
KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan dakwaan sesesetengah pihak kononnya kerajaan negeri sebenarnya gagal melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hudud di Kelantan.

Menurutnya, dakwaan itu tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak pernah mengalah dalam usaha untuk melaksanakan hudud di negeri ini walaupun berdepan pelbagai cabaran.

“Apa yang dimaksudkan dengan gagal tersebut, kita belum berjaya lagi, ini bukan bermakna kita gagal. Contohnya, orang naik kelapa, kita baru sampai separuh, orang tak panggil gagal lagi.

“Mungkin kita berhenti untuk ambil nafas, selepas itu kita naik baliklah, kecuali kalau kami (kerajaan negeri) gelongsor turun dari pokok, itu barulah maknanya kami gagal, kami tidak gelongsor pun. Cuma kami tersangkut di tengah-tengah,” katanya kepada media di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Pas sebenarnya gagal melaksanakan hudud yang diperjuangkan semenjak keberadaan arwah Datuk Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, hudud yang diperjuangkan itu bukanlah satu mainan politik, ia merupakan usaha berterusan. Walaupun ada yang melihat Pas diperangkap Umno  dalam isu tersebut, namun ia bukanlah semudah itu.

Mengulas mengenai usaha yang dilakukan untuk pelaksanaan enakmen tersebut, Naib Presiden Pas itu juga memberitahu, banyak kemajuan telah berlaku tanpa disedari, terutamanya daripada pihak parti lawan sendiri.

“Dulu kalau kita ingat, sebelum pilihan raya, penceramah Umno kata ia adalah hudud Pas, bercanggah dengan Mazhab Shafie, dan macam-macam lagi. Tapi hari ini, tidak ada orang kata dah, maknanya mereka sudah menerima dan mengiktiraf undang-undang hudud Kelantan ini menepati syarak.

“Ini adalah satu kejayaan dan kemajuan, apabila Kerajaan Pusat bersetuju tubuhkan jawatankuasa teknikal bersama, maknanya mereka memberi perhatian yang serius untuk melaksanakan kanun jenayah syariah ini,” katanya.

6 comments:

  1. Adoiiii.... Masuk perangkap dikatakan kejayaaan... Memangla ulamak2 umno dah tak kecam PAS...dah sekandang!

    ReplyDelete
  2. Sibangang mengeluokan idea yang bengong!!!

    ReplyDelete
  3. Hudud ka....
    cuma nak ubah enekmen yg org umno pun boleh ubah???
    Lepas tu...kena kencing dgn Anak Dasuki dan Anak Baharum

    Sekarang cuba nak masuk dlm yong taik pulak...

    Elok laaaa..

    ReplyDelete
  4. setiap amalan bermula dgn niat.

    kalau niat ikhlas, maka akan dpt ganjarannya. kalau niat menipu, akan dpt juga ganjarannya.

    فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ. وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ.

    lain kata, kalau dah JODOH, takkan ke mana. kalau dah BODOH pun takkan kemana.

    ReplyDelete
  5. Nak cari alasan x nak letak jawatan..range over sapa nak bayor

    ReplyDelete


  6. Ada hati busuk tak tau MALU, dah rembat BALAK lg ada hati nak AUTA hudud!

    Dah berkongsi 2.6billion dgn PENYAMUN, lg mau gempak KLENTONG hudud

    Secara 'syimbolik'nya arwah MB Kedah geng lebai tuh dah pun dihudud 2 kaki nya sekali oleh Tuhan..gara2 nak KLENTONG Tuhan, ada nampak!?

    Kalo hudud betul2 berjalan lebai2 hudud tuh lah yg wajib kena dulu!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa