Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 16, 2016

Kerjasama IKATAN: Orang sendiri pun tak yakin!

Kerjasama IKATAN tidak mampu bawa PAS pergi jauh

 | March 16, 2016
Mahfuz tidak menolak gabungan itu tetapi melihat keputusan partinya itu akan menyukarkan PAS terutamanya selepas PRU14.
mahfuz-ikatan-pas
KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS-IKATAN bagi membentuk blok ketiga pembangkang tidak mampu membantu PAS pergi jauh pada masa akan datang.
Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penubuhan blok ketiga itu turut mengelirukan rakyat untuk membuat pilihan pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang kerana pembangkang kini berpecah dua.
“Bagi saya dari sudut demokrasi dan sudut amalan berkenaan itu terpulang kepada hak sesiapa sahaja tetapi pada percaturan untuk memastikan masa depan politik negara, saya tidak nampak ia dapat membantu kepada proses untuk kita ke hadapan.
“Proses negara demokrasi ini daripada sistem kepelbagaian parti kepada sistem dua parti tetapi kalau pelaksanaan ini berjalan saya lihat bahawa kita akan jadi tiga blok parti yakni daripada pembangkang. Itu tentu menyulitkan kepada rakyat. Saya tidak tahu sejauh mana proses apa yang akan dilakukan kepimpinan parti saya,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau bukan menolak kerjasama itu tetapi melihat langkah itu akan menyukarkan PAS pada PRU14.
“Saya tidak kata saya tidak sokong, dari segi demokrasi itu nampak lebih rancak tetapi kepada proses pengubahan itu walaupun dia akan nampak kepelbagaian sudah tentu proses perubahan yang kita harapkan pada masa hadapan agak sukar,” katanya.
PAS hari ini mengumumkan penubuhan kerjasama politik dengan IKATAN bagi membentuk blok pembangkang ketiga, sekaligus menambah ‘warna’ politik tempatan.
Menurut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,kerjasama itu bertujuan mewujudkan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun yang sedang digagaskan PAS.
Tindakan PAS menubuhkan blok ketiga pembangkang telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti pembangkang yang lain terutamanya bekas sekutu mereka DAP yang menolak pembentukan itu.

2 comments:

  1. tambah warna tak kemana la jawapnya
    begabung denagn pati yg macam buih memang nak mampuih
    prinsip pun dah jadi macam kuda sakit perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakek hadi....engkoo boleh tak belah dr pas...sbb semakin pis pus pas ngok jadinya....tolonglah ahli pas nak serkop muka dgn kotak teloo sbb malu sgt weh dgn cara kamu berjamaah...

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa