Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 15, 2016

Kisah di DUN Terengganu: Sahtipu Bahri dan Haji Hadi

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diserang dari kalangan rakan sebantal mereka sebelum ini.

Menurut sumber, selepas pemilihan parti pada jun yang lalu, golongan ulama’ telah menguasai kepimpinan PAS pusat dan menyingkirkan golongan professional yang berada dalam PAS sejak puluhan tahun.

Sehinggakan parti itu dilanda tsunami politik dalaman sendiri dengan perpecahan yang berlaku lalu tertubuhnya parti politik baru dari professional PAS telah disingkirkan golongan ulama’.

Ramai dari kalangan pemimpin PAS professional itu keluar dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) kerana tidak jelas dengan agenda politik yang dibawa PAS kini.

Dominasi golongan ulama’ PAS ketika ini juga kelihatan tidak jelas asas perjuangan parti itu dengan hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan  Barisan Nasional(BN) yang diterajui UMNO.

Menurut beberapa sumber dalaman PAS, terdapat kewujudan 2 kem yang sedang melanda PAS terutamanya di negeri Terengganu.

Ianya jelas kelihatan apabila berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 13 penggal ke 4 yang lalu dimana nama presiden PAS telah digunakan untuk mendapat sokong dengan usul undi tidak percaya kepada Ahmad Razif Abd Rahman selaku Menteri Besar Terengganu.

Usul yang dibawa oleh adun BN dari Kijal itu mendapat sokongan dari kem Sahtipu Bahri Mamat yang juga adun Paka.

Rata-rata kem Pesuruhjaya PAS Terengganu itu telah menyokong asul berkenaan dan kem Abdul Hadi mengambil sikap berdiam diri semasa didalam sidang DUN berlangsung.

Antara yang turut sama dengan Sahtipu adalah adun-adun PAS yang kali pertama pada penggal ke 13 ini menjadi wakil rakyat turut memberi sokongan kepada Sahtipu.

Manakala kem disebelah Abdul Hadi hanya tunggu dan melihat apa sahaja yang bakal berlaku sedang jika undi itu diteruskan ia tidak akan menjejaskan peranan BN dalam pentadbiran negeri Terengganu.

Presiden PAS itu lari lebih awal semasa sidang  DUN bersambung disebelah petang kerana beliau tidak mahu langsung terlibat dengan perkara-perkara yang menyebabkan hura-hara di mata rakyat negeri itu.

Sedangkan di barisan kem Sahtipu yang kononnya ingin menjadi jaguh dalam arena politik Terengganu dengan mencetuskan suasana tidak harmoni didalam dewan tersebut.

Dan akhirnya Sahtipu menggunakan Abdul Hadi sebagai kambing hitam untuk mencapai matlamatnya. - 6th sam

# Maknanya sah tipulah?

6 comments:

  1. Salam pakdin.. Perasan tak blog pakdin dah disekat aksesnya oleh skmm.. saya kena guna proksi server baru boleh masuk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 3:55 PM

      Ada yang boleh masuk tapi ramai yang gagal. Pakai open DNS ok kot?

      Delete
  2. Apo nak d kato..sama saja,Satu sah tipu..Satu sah belah...Dua2 keropok losong..

    ReplyDelete
  3. Kata doh pas dok sokongnyer apa2 bentuk tindakan yg akan menjatuhkan rakan baru perjuangang politiknya. Pas takboh doh makan dedok jer dia nok bahang maggi plop. Dok saing dgn puok2 pakatang dok kaya tapi ler ning saing dgn umnoo koho senang deme berase. Anok menantu senang cari makang. Projek banyok pitih berlambok masuk. Tu baru jadi panasehat @ tukang gosok jer baru. Mapuh doh puok2 penyokong bowoh.

    ReplyDelete
  4. Prmimpin yg kuat sdalah yg sentiasa rela berdepan dgn kemelut dan tidak menyembunyikan diri...Hadi telah menunjukan bahawa dia lemah dgn acapkali melarikan diri dari situadi kemelut...

    ReplyDelete
  5. Mansor 7:24
    Saya sokong dgn pandangan tuan. Dari dulu lg saya perhatikan, mr presideng ni memana lemah dlm bab kepimpinan, terutama dlm membuat keputusan. Dia akan jd kluk-klek.

    Bila dengar ceramah dia, memang hebat bunyinya tp kepimpinan bukan takat ceramah.

    Bagi saya, elok benor la dia letak jawatan sbgai mr presideng secepat mungkin krn dia dah jadi liabiliti kpd parti

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa