Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 16, 2016

Laa......aku ingat negeri PAS yang paling tak berhutang. Alahai Mad Yaacob, alahai Nik Amar!

Pulau Pinang Yang Dikutuk Paling Rendah Hutangnya...Cuma RM69.3 Juta

Kerajaan negeri hutang Putrajaya RM16.8 bilion

Kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara memiliki hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM16.8 bilion setakat 31 Disember 2015, kata Kementerian Kewangan.

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), negeri yang mempunyai jumlah hutang yang paling banyak ialah Pahang RM2.9 bilion, Sabah RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion dan Kedah RM2.3 bilion.

Pulau Pinang pula mempunyai jumlah hutang paling sikit iaitu RM69.3 juta, diikuti Johor RM249 juta dan Perlis RM373.2 juta.

Menurut Kementerian Kewangan, pinjaman itu diberi bagi tujuan membiayai projek kemudahan asas antaranya projek bekalan air, industri, perumahan awam kos rendah dan lain-lain projek.

"Setakat 31 Disember 2015, hutang yang belum dijelaskan oleh semua kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM16,824,607,187.41," kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan menjawab soalan Teresa mengenai hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan yang masih belum dibayar sehingga Disember 2015.

Negeri-negeri lain ialah Johor RM249.1 juta, Negeri Sembilan RM942.76 juta, Melaka RM950.97 juta, Perak RM608.63, Selangor RM1.32 bilion dan Kelantan RM1.34 bilion.

Bagaimanapun, hutang bagi Wilayah Persekutuan tidak dinyatakan. -mk

ULASAN GB

UMNO dan PAS yang kutuk-kutuk kerajaan PH dan LGE di Pulau Pinang, rupa-rupanya Pulau Pinang paling sedikit berhutang dengan kerajaan pusat, cuma 69.3 juta, tak sampai RM100 juta pun.

Negeri dimana parlimen Perdana Menteri mewakilinya, Pahang mencatatkan hutang tertinggi sampai hampir mencecah RM3 bilion. Selangor dan Kelantan juga tinggi hutangnya, masing-masing RM1.32 bilion dan RM1.34 bilion.

Bukalah mata wahai rakyat Malaysia!

4 comments:

  1. haaa..perbandingan fakta oleh geng Liberal Sekular Assobiyah..Cer la baca n table out kan laporan Audit perbelanjaan setiap negeri dan kadar ketirisan serta indeks berkaitan urus tadbir setiap negeri di Malaysia. Tuan tanah posting n blog ni anak sendiri x reti jaga aurat..cer tanya diri sendiri apa salah hang yg paling besar ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lah walakontol,modal abis je serang peribadi org..dasar walakontol al pil kuda wal daun ketum bil porno...

      Delete
  2. Dah ko pandai..ko tablekan laporan audit tu. Baru ada 'counter attack'.. bukan cakap ja... kalau ckp ja..mcm 'bas buruk yg pantang jumpa simpang...asyik dok u-turn ja.. '

    ReplyDelete
  3. ni yg komen guna anonymous ni ada telo ke tak? Dalam Islam kan dah beritahu klu bercakap dgn fakta la! aku suarakan apa yg benar..klu setakat komen tongong mcm tumencarut bagai..memang patut jd sekularis liberalis n assobiyah'ans..yg tuan blog sibuk bg fakta sekerat2..cer cari semua..n kita diskus..ada berani?? yg anonymous ni lain kali klu ada kontol pakai nama or email sendiri ya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa