Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 15, 2016

Majlis Peguam pula buatkan AG sakit kepala........dan siapa pula yang seram sejuk?

Majlis Peguam heret AG ke mahkamah sebab tak dakwa Najib
mk - Hari ini, 6:53 petang
Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan dakwaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dalam permohonan itu Majlis Peguam memohon perintah Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Apandi pada 26 Januari lalu 'membersihkan' Najib dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan mereka.

Badan peguam itu juga mahu mahkamah menghalang peguam negara daripada membuat sebarang keputusan lanjut berhubung perkara itu, selain membenarkan peguamcara negara memutuskan hal berkenaan, termasuk sama ada mendakwa Najib atau tidak.

Turut disebut, Majlis Peguam memohon perintah mahkamah membenarkan SPRM meneruskan siasaran dalam kes yang diarah tutup oleh Apandi sebelum ini.

"Majlis Peguam berpendapat kuasa pendakwaan berdasarkan budi bicara pada peguam negara mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan tidak bersifat mutlak atau tidak terbatas, dan pengamalan kuasa ini boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

"Skop dan ruang kuasa budi bicara, dan sama ada kuasa itu dilaksanakan mengikut undang-undang berdasarkan fakta kes perlu ditentukan oleh mahkamah," kata Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dalam kenyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa