Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 16, 2016

Zahid takutkan rakyat Sabah: Seorang saja MP yang berani dan bangkit menegur?

MP BN dukacita Zahid takutkan rakyat Sabah
Zikri Kamarulzaman      Hari ini, 3:07 petang
Seorang ahli parlimen BN Sabah melahirkan rasa dukacitanya dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin tertinggi negara, termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang katanya menyebarkan perasaan takut di negeri itu.

Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) memetik ucapan Zahid yang berkata terdapat komander Sulu di setiap kawasan di Sabah sebagai contoh.

“Kenyataan TPM menakutkan rakyat Sabah [...] ini bererti Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) tak ada erti lagi.

“Memang kita sangat berdukacita, dengan ada kenyataan itu [...] mungkin di Semenanjung tiada kesan tapi di Sabah ia berkesan,” kata Ghapur memberitahu Dewan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan itu boleh menakutkan pelancong dari Sabah.

# Adakah orang Sabah kisah?
Pada aku walau apa pun yang berlaku dan dilakukan, Orang Sabah tidak peduli asalkan mereka boleh makan dan pakai
Lihatlah Sabah hari ini setelah sekian lama merdeka dan menjadi sebahagian dari Malaysia, apa yang mereka ada? Apa yang rakyat marhaen kecapi?
Ladang besar siapa punya?
Balak siapa punya?
Jalan Raya, cer korang pergi sedikit melepasi Kota Kinabalu, bagaimana keadaannya?
Bagaimana pula dengan projek kerajaan yang dibuat untuk penduduk. Memadai dan berbaloikah dengan harganya?
Rata-rata rakyat sana tidak ambil peduli. Kenapa?
Perkara ini Orang Sabahlah yang boleh jawab

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa