Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 1, 2016

Sape sangka dalam serban bersarangnya setan besar!

Aku rasa memang puak-puak ni dah nak gila dirasuk!
Bijak sungguh mainan setan  - Syeikh Barsisa lagikan terkena weh......

PAS Dedah Pakatan Harapan Mahu Bentuk Negara Anarki
PolitikTerkini Feb 29, 2016 210

KUALA LUMPUR – “PAS tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki yang hanya merosakkan kestabilan politik, menjahanamkan ekonomi serta mengsengsarakan rakyat”

Itu ketegasan PAS Pusat berhubung pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai perhimpunan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, keengganan Abdul Hadi menyertai himpunan pada 27 Mac tersebut selari dengan budaya politik matang yang sedang diterajui oleh PAS.

“PAS menolak politik kebencian dan politik emosi. Sementelah PAS sejak awal memilih kaedah demokrasi untuk menaik dan menurunkan seseorang pemimpin. PAS menolak budaya anarki,” tegas dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan PAS Pusat dalam mempertahankan pendirian Abdul Hadi itu satu tamparan hebat kepada pemimpin Pakatan Harapan dan kumpulan penentang dalaman UMNO.

Pakatan Harapan dan kumpulan penentang dalaman UMNO sedang bekerjasama bagi menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan belakang demi kepentingan politik masing-masing.

Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Kumpulan penentang dalaman UMNO pula merujuk kepada gerakan oleh bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz serta bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdendam dengan Najib.

Semalam, pakar propaganda PKR, Rafizi Ramli menyelar Abdul Hadi kerana enggan menyertai himpunan bagi menjatuhkan Perdana Malaysia tersebut.

Nasrudin menjawab, PAS sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan pemimpin negara ini secara tidak demokratik seperti yang diusahakan oleh Pakatan Harapan dan Mahathir. – mynewshub.cc


7 comments:

  1. Aduh lebai ni.. Pi ke anarki plk.. Yg najib sekarang pa plk.. Tu le kalau ngaji setkat tu aja... Last last geng dia juga yg jd tok pekong cina...

    ReplyDelete
  2. sebelum ini aku ingat hj hadi hanya nyanyuk krn dimamah usia. skrg nampaknya dah gila meroyan. tlg pergi berubat

    ReplyDelete
  3. Kenyataan paling bangsat..babi menyalak anjing haha

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikom Tuan,,,
    Saya baru perasan sekarang ni,blog tuan dah tak boleh access kalau menggunakan IP malaysia.Mungkin saya yg salah tafsir tapi itulah yang terjadi pada saya setiap kali nak lihat blog Tuan,Terimakasih.

    ReplyDelete
  5. ... pi tengok Porn.. Pay Per View tu camno pulak. Makin hari makin harubiru puak ulammak ni. Takkan ke nak tunggu Negara ni terlungkup baru nak sedar kot (tu pun kalau sedar). ...

    ReplyDelete
  6. jd kerajaan p pinang dan selangor kira kerajaan anarki la. tahu ka org tua tu apa makna anarki(anarchy - bi). pay-per-view?

    ReplyDelete
  7. Sekarang Walaun2 sokong mr presideng mereka bukan cara membabi-buta, tapi membabi-anjing pulak!!
    Mr presideng kata taknak jatuhkan pemimpin umno, walaun pun akur krn walaun2 ni mana ada otak utk berfikir!!! Kerja mereka yg boleh diharapkan ialah bertakbir.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa