Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 1, 2016

Mahathir keluar Umno lagi: Menjadi kudiskah kepada UMNO?

Mahathir isytihar keluar Umno lagi
Dikemaskini 29 Feb 2016, petang 5:26
 
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu.

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.

Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti.

Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang.

Baru-baru ini anak beliau Datuk Seri Muhkriz juga digugurkan sebagai menteri besar Kedah, tindakan yang dilihat sebagai reaksi balas kem pro-Najib.

Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung daripada jawatannya minggu lalu.- layar impian

Dr Mahathir rancang tubuh gerakan bersama Pakatan Harapan singkir Najib 

Tun Dr Mahathir Mohamad merancang menubuhkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Matlamat utama gerakan itu ialah untuk menyingkirkan Najib, kata Dr Mahathir tetapi beliau tidak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu.

"Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.

"Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib," kata beliau pada sidang media di Putrajaya merujuk kepada parti pembangkang jika mereka bersetuju untuk bersama-sama dalam gerakan tersebut.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Terdahulu, Dr Mahathir juga mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Amanah dan PKR di pejabatnya.

Antara yang hadir ialah pemimpin Amanah, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Selain itu turut hadir ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar.

Dr Mahathir juga baru-baru ini mengesahkan menjadi penaung kepada kumpulan penentang Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam usaha mendesak peletakan jawatannya.


Dr Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti utama kaum Melayu itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar. – 29 Februari, 2016. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa