Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 13, 2016

Tentera AS dedahkan pesawat perang baru

Sebuah agensi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kepakaran dalam teknologi persenjataan dan stealth mendedahkan rekaan sebuah pesawat tanpa pemandu dengan kuasanya dijana daripada kipas yang mampu berlepas secara menegak.

Ditubuhkan selepas Rusia berjaya melancarkan misi Sputnik, Defence Advanced Research Projects Agency (DARPA) dipertanggungjawab memastikan kerajaan AS tidak lagi ketinggalan dalam persaingan teknologi.

Pasukan perekanya telah mendedahkan imej konsep pesawat baru yang boleh mendarat dan berlepas secara menegak, dikenali dengan nama Lightning Strike.

Namun tidak diketahui bagaimana tentera AS akan menggunakan pesawat itu. DARPA berkata, ia menjangka pesawat itu mampu terbang pada kelajuan 740 kilometer sejam dan mebawa muatan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada berat pesawat yang seberat antara 4,536 hingga 5,443 kilogram.

Pesawat elektrik itu mempunyai sembilan saluran kipas yang digabungkan dengan dua sayap yang boleh dipusingkan bagi membantu ia berlepas secara menegak dan kemudian meluncur sama ada ke hadapan atau ke belakang pada kelajuan tinggi.

"Visi rekaan sebuah pesawat yang boleh terbang laju dan jauh, berlegas apabila diperlukan dan mencapai pelbagai matlamat tanpa perlu menyediakan kawasan pendaratan," kata kenyataan DARPA.

DARPA telah menganugerahkan kontrak rekaan fasa kedua itu kepada Aurora Flight Sciences. Firma tersebut berpengalaman dalam rekaan pesawat tanpa pemandu, dengan rekaan sistem penghnataran bekalan helekopter tanpa pemandu.

DARPA mempunyai senjata seperti bazooka 'Tank Breaker' dalam gudang senjatanya, Oleh itu, terdapat kemungkinan Lightining Strike dilengkapi senjata atau digunakan untuk tujuan pemantauan dan penghantaran peralatan.

Antara cadangan penyelidikannya, DARPA turut menyenaraikan penembusan perisai lutupan yang lebih baik dan mewujudkan peluru berpandu berkelajuan hipersonik.

"Jika berjaya, kemampuan penerbangan yang lebih baik dan radikal VTOL X-Plan akan menerajui revolusi tercanggih kemampuan misi masa depan AS," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aurora, Dr. John Langford.

Projek tersebut merupakan usahasama dengan Rolls-Royce dan Honeywell International. Kedua-dua syarikat itu telah dibayar berjuta-juta dolar bagi menyokong kemampuan peperangan AS, seperti kereta kebal dan pesawat.

Ujian penerbangan Lightning Strike dijangka dilakukan sebelum akhir 2018. Pesawat stealth dengan mudah boleh menyelinap ke lokasi sasaran tanpa dikesan berikutan bunyi kipasnya yang perlahan.

"Bayangkan operasi pesawat elekrik yang bunyinya lebih perlahan, penggunaan bahan bakar yang efisien dan tidak memerlukan landasan. Kami mahu memulakan rekaan baru dan misi angkasa yang bebas daripada kekangan sebelum ini, kata Pengurus Progran DARPA, Ashish Bagai. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa