Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 12, 2016

Tuntutan Hadi undur: Baca apa kata Hadi

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada ahli akar umbi parti itu berhubung gesaan agar jawatan beliau diserahkan kepada Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Itu tanya orang Pas, tanya akar umbi. Pas ada muktamar kita," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Adun Salor, Datuk Husam Musa agar jawatan Presiden Pas diserahkan kepada Tuan Ibrahim.

Husam dilaporkan berkata, Abdul Hadi sebaiknya memegang jawatan mursyidul am atau timbalan mursyidul am bagi memastikan Pas dapat memasuki 'aliran tengah' dalam kepentingan politik negara.

Gesaan Husam itu dibuat susulan hasil kajian Ilham Centre yang mendapati ahli Pas merasakan mereka tiada arah tujuan kerana kenyataan berbeza yang dikeluarkan pemimpin tertinggi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi mengesahkan tidak akan membawa Rang Undang-undang persendirian berkenaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ke sidang Parlimen kali ini kerana kesuntukan masa.

"Sidang ini tidak sempat," katanya.

1 comment:

  1. bg puak yg berkobar2 semangat tak sabar2 nak laksanakan hudud hingga berpecah pakatan alternatif kpd umno/bn, sekarang nampaknya asyik tak sempat sokmo nak membawa RUU berkaitan hudud. sandiwara ke apa tok lebai oi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa