Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 8, 2016

UMNO telah berjaya tempatkan proksinya di dalam PAS

Orang-orang yang semacam Husam, Mahfuz dan Tuan Ibrahim pula akan dibersihkan?

HADI BENTENG PERTAHANAN NAJIB

Aku yakin dan teramat percaya sangat-sangat Hadi akan terus mempertahankan Najib dalam apa jua keadaan. Sehingga kini kesemua serangan yang terarah kearah Najib pasti di jawab Hadi.

Hadi mempertahankan Najib seolah-olah ada Pakatan bersama yang telah di metrai bersama. Memang benarlah kisah pertemuan Hadi di dalam kelam bersama Umno 2008 kini membuahkan hasil.

Jika Mahathir semakin galak menyerang Najib maka akan semakin galak pula Hadi mempertahankannya. Kita sama-sama saksikan sendiri pertembungan kemuncak pertarungan kedua-dua gergasi ini.

Sehingga kini kem di pihak Najib telah mula melepaskan serangan balas ekoran pelancaran Deklarasi yang di lancarkan oleh Mahathir dan Hadi tidak ketinggalan menyertainya. Jika keadaan menjadi gawat tentulah akan ada yang cedera parah hasil pertembungan getir ini tidak terkecuali Hadi.

Ketika itu barulah rakyat Malaysia menyedari di sebelah mana pegangan Hadi selama ini. Kita nantikan adegan ini.

Admin
~#Rakyat_Bangkit
- Sun Tzu

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa