Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 11, 2016

3,000 ahli Umno lompat ke Warisan

3,000 ahli Umno lompat ke Warisan, kata Junz Wong

  | November 11, 2016
Wong berkata, seramai 3,000 ahli Umno Bahagian Sepanggar menyertai Warisan kerana mahu sebuah parti tempatan yang kuat untuk menentang BN.
PETALING JAYA: Kira-kira 3,000 ahli Umno Sabah keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Naib Presiden Warisan, Junz Wong berkata, 3,000 ahli baharu itu datang daripada Umno Bahagian Sepanggar.
“Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Pemuda Warisan, Aziz Jamman dan saya oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Sepanggar, Mentoh Aru.
“Mereka meninggalkan Umno kerana mahu menyertai Warisan untuk mendapatkan kembali ‘kunci’ ke ‘rumah’ kami,” katanya kepada FMT.
Wong berkata, parti itu menjangkakan lebih ramai orang akan menyertai Warisan kerana orang Sabah mahu sebuah parti tempatan yang kuat untuk menentang Barisan Nasional.
Akhir bulan lalu, Setiausaha Agung Warisan, Loretto S Padua Jr berkata, parti itu menerima kira-kira 7,000 permohonan keahlian hanya dalam masa beberapa hari selepas laman web parti itu dilancarkan.
Pada 17 Oktober lalu, Shafie yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah mengumumkan penubuhan Warisan sebagai parti baharu yang bertekad menyatupadukan semua kaum di Sabah.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, Warisan sedia bekerjasama dengan semua pihak, termasuk parti pembangkang lain untuk menewaskan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Pada 4 Julai, Shafie mengumumkan keluar Umno, selepas keahliannya digantung pada 24 Jun kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang.
Shafie bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada Kabinet, tahun lalu, selepas mereka mempersoalkan hutang 1MDB.
Ahli politik Sabah itu berkata beliau lebih berminat menyatupadukan rakyat daripada parti.

Presidennya berkata parti itu akan mengutamakan autonomi untuk rakyat Sabah kerana itu yang rakyat mahukan, iaitu perubahan.

1 comment:

  1. Yg paling penting bila pilihanraya nanti JANGAN undi BN.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa