Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 11, 2014

Artis - Cerita Zain Dan Che Ta: Apa Salahnya Dengan Gambar Ni?

Pada aku tak ada salahnya dengan gambar ni
Mereka sudah pun jadi suami isteri
Cuma mungkin yang cacatnya siisteri berpakaian tidak selengkap sebagai muslim tetapi ramai yang tidak memandang pada pakaian sebenarnya tetapi cara posing kot?

Zain: Itu bukan gambar terlampau
11 Mei 2014
SAYA tidak kisah mengenai perkara itu. Muat naiklah gambar apa-apa pun, pasti ada kontroversi juga.

"Saya dah tahu, pasti ia akan menjadi buah mulut orang ramai," komen Zain Saidin mengenai gambar romantis yang dimuat naik olehnya dan isteri Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta di laman sosial Instagram masing-masing, baru-baru ini.

Dek tindakan itu, ramai yang mengkritik mereka kerana menyifatkan gambar itu terlalu peribadi dan bukannya menjadi tatapan umum sebegitu.

Begitupun, Zain menjelaskan yang dia tidak terkejut dengan reaksi orang ramai itu kerana sudah biasa dengan situasi berkenaan.

"Apa saja yang melibatkan Che Ta, pasti akan timbul kontroversi. Padahal gambar itu tiada isu apa-apa pun," katanya kepada media ketika ditemui selepas melancarkan sitkom popular Oh My English (OME) musim ketiga, baru-baru ini.

Katanya, gambar yang dimuat naik itu tidaklah melampau sebaliknya dia ingin menunjukkan rasa teruja dengan percutian mereka.

"Ini adalah gambar pertama yang diambil sebegini. Gambar ini tidak menggambarkan apa-apa pun, sebaliknya kami ingin berkongsi rasa seronok kami," katanya.

Ketika ditanya adakah dia akan memadamkan gambar tersebut dari laman sosial Instagram, Zain bagaimanapun memberitahu, dia tidak akan berbuat demikian selagi ia tidak menjejaskan kerjayanya dan juga nama baik keluarganya.

"Janji gambar yang dimuat naik itu tidak membawa maksud atau menunjukkan sesuatu yang sangat melampau untuk dilihat umum.

"Setakat ini, ia tidak langsung menjejaskan kerja dan nama baik keluarga saya.

"Biar sajalah. Saya tak akan padam," katanya.

Berdebar jadi ayah

Dalam pada itu, Zain turut melahirkan perasaan teruja dan berdebarnya apabila bakal bergelar ayah tidak lama lagi.

Kini, usia kandungan Che Ta sudah pun memasuki tiga bulan.

Setakat ini, baik Zain mahupun Che Ta masih lagi belum membuat apa-apa persiapan dalam menyambut cahaya mata pertamanya itu.

"Kami masih belum lagi membuat apa-apa persiapan. Tapi, kami ada menerima hadiah katil bayi masa hari kahwin hari itu.

"Mungkin kami akan membeli barang-barang bayi sebagai persiapan di luar negara sedikit demi sedikit," katanya.

Zain memberitahu, dia tidak kisah jantina anaknya sebaliknya bersedia menerima apa saja yang dikurniakan ALLAH SWT.

"Saya tahu Che Ta mahukan anak perempuan, tapi saya tak kisah," katanya.

4 comments:

  1. Yg bkn laki bini,dlm majalah2 lagi dashyat..takde pulak ko (org yg kata bersekedudukan baru ada class) kecoh..

    ReplyDelete
  2. Dlm dunia hiburan di Malaysia, hanya mereka berdua inilah pasangan paling romantis. Itupun sebelum berlaku krisis.

    ReplyDelete
  3. Tak faham , tak ada berita informasi yang lebih penting tuk di siar ???

    Blog ini amat bagus , independent dan informative...

    Kisah laki bini orang biarlah kenapa kita perlu tahu...

    2 sen pendapat saja

    Mohon maaf yea jika ter singgung , tiada niat pun

    ReplyDelete
  4. kalau nak berbiang, berbiang lah cara mana, banyak mana pun. tak perlulah tunjuk kat orang. orang lain pun pandai berbiang jugok. kalau gelenya sangat buat rakaman video lah. edarkan... boleh gak tenguk besar mana pelantak dan lebat mana bulu tundun janda gelenya ni. begini lah kalu hidup terlalu perasan. sekolah tak tinggi.... bodoh tak boleh diajar. dia ni takdak mak bapak ker?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa