Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 11, 2014

Nak Kata Kena Belit Pun Terlalu Awal!

Selepas Jawatankuasa Teknikal, apa pula?
Kita tahu makanisma pelaksanaannya agak rumit
Tetapi bukan mustahil sekiranya Perlembagaan Malaysia terpinda
Dan perkara ini tidak mustahil sekiranya UMNO dan MP yang Muslim ikhlas berkenaan Hudud

Ketahuilah, kami Rakyat Kelantan tertunggu-tunggu 

PAS tangguh bentang hudud

 | May 11, 2014
Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bergantung kepada cadangan dari Jawatankuasa Teknikal di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan.
UPDATED
hadi awang hudud pasKUALA LUMPUR: PAS menangguhkan cadangan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian (private bill) berkenaan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dalam sesi parlimen akan datang.
Membaca kenyataan media bagi pihak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk meniliti semula pelaksanaan hukum hudud di Kelantan
“PAS pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan pusat dan dan kerajaan negeri Kelantan untuk meniliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan.
“Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan bulan Jun ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pusat PAS disini hari ini.
Cadangan penubuhan Jawatankuasa Teknikal ini dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin April lalu.
Mohamad turut menegaskan yang parti Islam itu serius dalam usaha mereka untuk melaksanakan hudud di Kelantan di mana perbincangan berlaku antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
“Ini terserah kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan berbincang antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat. Jawatankuasa Teknikal ini (di antara) kerajaan dan kerajaan, jadi seriuslah,” jelasnya.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut mengakui bahawa parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain belum mengetahui keputusan yang diambil oleh parti tersebut.
“Mereka belum tahu. Ini baru dibincangkan dalam mesyuarat kita sebentar tadi. Mereka akan mengetahuinya dari laporan adil media hari ini,” katanya lagi.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi parlimen Bukit Gelugor, di mana terdapat seorang lelaki yang mengaku merupakan ahli PAS yang mahu turut bertanding, Mohamad berkata PAS belum menyiasat sama ada lelaki tersebut merupakan ahli PAS atau tidak.
“Kita tak bincangkan mengenai dia dalam mesyuarat tadi. PAS kemukakan calon, calon PAS ialah Ramkarpal Singh yang bersimbolkan ‘roket’,” tambahnya.
Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini berkata mereka akan membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam persidangan akan datang yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen PAS dari negeri tersebut.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa