Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 12, 2014

Berita Terlepas Pandang: Enot hidap kanser usus

Bersabarlah Enot
Wang hasil buat biskut adalah lebih berkat dari duit upah berlakun
Berdoa dan bersyukurlah....
Enot hidap kanser usus tahap dua
9 Mei – Pelakon komedi popular, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah mendedahkan bahawa dia kini sedang mengidap penyakit yang boleh membawa maut iaitu kanser usus tahap dua.
"Pada mulanya memang saya ada rasa sakit tetapi saya biarkan saja hinggalah berlaku pendarahan ketika buang air besar. kemudian saya ada berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser usus.
"Buat masa sekarang saya masih mendapatkan nasihat doktor tetapi saya mengamalkan ubat-ubatan kampung seperti daun Belalai Gajah selain itu saya ada makan produk jenama ABP26 daripada Didie Alias," katanya yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.
Dalam pada itu, Enot yang turut memberitahu dia tidak lagi menerima tawaran berlakon sejak setahun yang lalu kini hanya bergantung kepada jualan biskut yang dibuatnya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa