Hazlan Zakaria
KOMEN: Ya, saya percaya bahawa Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) benar; terdapat segelintir orang Cina di Malaysia yang suka membuli dan membuat kacau, kadang-kadang mereka ini akan membuli orang Melayu dan melakukan kesalahan terhadap mereka.
Sekiranya anda pergi ke beberapa buah sekolah, pasti anda akan terdengar kaum Cina menjadi pembuli. Dan cuba bertanya kepada pihak polis mengenai perihal orang Cina, siapakah gengster dan yang menimbulkan banyak masalah untuk polis.
Sudah tentu terdapat pembuli dan penjenayah daripada golongan Melayu juga tetapi itu adalah cerita untuk hari lain.
Hanya terdapat beberapa kes "jenayah" terpencil datang yang digelar golongan "pendatang" ini. Mereka yang menurut Isma dibawa masuk oleh British ke Tanah Melayu untuk merampas hak Melayu.
Kebenarannya, pada saya, adalah lebih buruk. Kerana jenayah kaum Cina, seperti pendatang lain, adalah terlalu banyak dan pelbagai.
Sebenarnya bukan semua orang Cina penjenayah. Mereka juga adalah petani, penoreh getah, pelombong bijih timah, kuli kapal, pekerja keretapi, anggota polis yang berani dan peniaga, ahli perniagaan dan pekedai yang rajin.
Mereka juga guru, pensyarah, jururawat, doktor, doktor gigi, peguam, askar, juruterbang, dan minta maaf saya katakan, banyak lagi kerjaya dan kegiatan yang produktif.
Mereka semua bersalah kerana memerah keringat, darah dan air mata bagi membangunkan Malaya/Malaysia sejak Merdeka sehingga hari ini.
Sememangnya ini seolah-olah menjadi agenda kejam mereka yang licik, bukan sahaja kaum Cina lain tetapi semua pendatang lain, termasuk kaum India dan kaum asing yang lain.
Dan bolehkah saya bertanya, dari negara mana asalnya bapa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed?
Pendatang-pendatang ini telah meninggalkan tanah air mereka untuk datang dan bekerja membangunkan Malaysia! Berani sungguh! Alhamdulillah, Isma ada untuk menunjukkannya kepada kita sebelum ia terlalu lewat, dan pendatang-pendatang ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur.
Tetapi sewaktu saya melihat suasana hari ini, saya merasakan bahawa kita sudah terlambat. Kita telah membangun dan jauh dari asal usul kita sewaktu Merdeka, dan ini sedikit sebanyak adalah kesilapan semua pendatang ini.
Saya menyalahkan mereka kerana membangunkan Malaysia kita, saya menyalahkan mereka kerana menjadikan keadaan lebih baik selepas bertahun-tahun.
Tetapi sekali lagi, saya juga perlu menyalahkan diri saya sendiri memandangkan saya juga ada datuk nenek berbangsa Cina.
Namun mungkin saya harus turut menyalahkan orang Melayu, dan semua kaum-kaum lain di atas kejayaan kita pada hari ini. Kita semua turut sama bersalah dan kita semua sama-sama bertanggungjawab kerana menjadikan Malaysia seperti apa yang berlaku kini.
Mungkin, jika kita telah menguatkan lagi sifat perkauman dan taksub kita, maka Malaysia tidak akan menjadi seperti sekarang.
Saya rasa kita "bertuah" yang adanya sekumpulan orang yang sanggup bersusah payah mendedahkan perkara seperti ini kepada kita dan menyedarkan kita.
Jika kita tidak dibutakan olih sejarah sebenar kita perlu tanya kepada TAR yang dilantik olih penjajah sebagai ketua menteri tanah melayu pertama dulu. Apakah TAR telah didesak olih penjajah untuk pendatang2 di tanah melayu dijadikan rakyat sebagai syarat untuk "MERDEKA"lah konon atau apakah dengan rela sendiri tanpa persetujuan pejuang tulin yang melaongkan kemerdekaan sebelum TAR atau apakah TAR sendiri takut dia tidak akan mendapat jawatan itu sekiranya dia tidak terima
ReplyDeleteIskandar Kutty ber asal dari Restoran Maideeen di Kerala...
ReplyDeleterakyat msia sebenarnya telah di pesongkan fakta sejarah oleh britis dan umno..termasuk tar..
ReplyDelete